Wednesday, April 20, 2011

AKURKAH ?


APA SELEPAS INI ?

PRN 10 Sarawak berjaya
Tarikh 16.04.11 menguja
BN dapat lebih duapertiga
Sekali lagi anwar kecewa

Dulu 16.09.08 anwar tanda
Hebohan ke seluruh dunia
Konon dialah PM malaysia
Ketika pak lah PM semasa

Angka enambelas berjasa
Kepada rakyat dan negara
Gagal anwar sebagai ketua
Hanya pada pakatan sahaja

Syabas BN dan DAP sama
55 dan 12 mewakili mereka
Itulah demokrasi ikutan kita
Walau berbagai tafsiran ada

PKR dan Pas ditimpa bala
Dari 49, PKR dapat 3 saja
Dari 5, Pas kecewa semua
Bijaksana DAP racuni sana

Halatuju DAP fahamlah kita
Hasrat seiras PAP Singapura
Di negeri majoriti puak depa
Cara singapura terarah gaya

Keputusan rakyat akur kita
Utama semua kerusi punya
Kawasan depa cukup segala
Status pembangkang terima

Dalam kabinet negeri serupa
Patuhilah putusan yang ada
Tidak wajar ada wakil depa
Tunai janji amaran kita jaja

Selepas BN dimaki dicerca
Tohmahan sengaja DAP jaja
Diimejkan DAP sahaja bela
Wajiblah jaga pengundi kita

serling
[20.04.2011]
rabu
…..
p/s:
UM;20.04.2011:RABU:
“DAP sengaja tuduh BN untuk dapat undi Cina”
“Apa perlu wakil dalam kerajaan negeri”
“Iktibar sikap pengundi Melayu Singapura”
“Hentikan amalan kuota calon”

No comments: