BERJAYAKAH AGENDA ?
Buat-buat helah hal biasa
Itulah kepakaran amerika
Helah campurtangan jaja
Seret negara lain ikutserta
Guna helah senjata bahaya
Negara Iraq jaya tewasnya
Sadam husain hilang daya
Digantung mati akhirannya
Diakui pakar antarabangsa
Tidak jumpa senjata bahaya
Tak boleh putar sejarah pula
Tiada sadam, berkocak juga
Konon al Qaeda dijejaknya
Di afghanistan dicayai ada
Kekuatan Taliban tak suka
Bin laden tetap tak jumpa
Walaupun gajah depan mata
Kuman jauh ternampak juga
Kerana gajah itu rakan setia
Begitulah israel diumpama
Sejarah di mesir dan tunisia
Arah baru pentadbiran negara
Konon lama benar jadi ketua
Negara arab lain kena bahana
Bahrin dan libya macam sama
Sebahagian rakyat pamer gaya
Pada ketua sedia ada, tak suka
Layanan amerika ketara beza
Ketua bahrin ditolong jirannya
Tentera dan polis bantuan ada
Penentang tertumpas akhirnya
Muslihat amerika ikut agenda
Kerana ghadafi, kurang disuka
Bila anti ghadafi tunjuk muka
Terbentang ruang buat amerika
Kaedah serang Iraq jurus gaya
Amerika bagaikan ketar kepala
Terkesan ghadafi terus berkuasa
Penentang ghadafi perlu dibela
Majlis Keselamatan PBB guna
Macam di Iraq, helah kena ada
Nyawa orang awam berbahaya
Dengan berkecuali lima negara
Puak sokong amerika gembira
Nukilan ingatan pada semua
Musuhi amerika amat bahaya
Tunduk padanya akan dikuda
Pemimpin bijak berwaspada
serling
[20.03.11]
ahad
...
Sunday, March 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment