Monday, March 14, 2011

APA DITAKUTI ?

TAKUT KERANA BENAR ?

Hajat jadi perdana menteri
Tika hanya selangkah lagi
Dengan sepenuh yakin diri
Takdir Allah, hajat halangi

Daripada UMNO disingkiri
Timbalan PM pun diguguri
Di mahkamah beliau diadili
Kes liwat pertama, lepas diri

Masa penghakiman maklumi
Faktor teknikal, selamat diri
Dalam kes liwat kedua kini
Bagai strategi lama diulangi

Pengalaman penjara dialami
Rasuah salahguna kuasa aksi
Penjara Sungai Buluh saksi
YB ganti tapak dengan isteri

Habis edah, PRK ditandingi
Almaklum kawasan sendiri
Kerna konon karisma miliki
Dapatlah majoriti pengundi

Hakikat isteri presiden parti
Tapi PKR, beliaulah kepalai
Perlembagaan parti tak metri
Para pemimpin dan ahli akui

Bagai bengkak, nanah diisi
Sampai masa pecah sendiri
Ada YB dan ahli menjauhi
Beliau dan PKR disisih kini

Penyokong tegarnya dijagai
Sapa keluar parti kata dibeli
Juga dilebel parti tak ingini
Hingga bila rakyat dikaburi

Keadilan dasar juang parti
Beza beliau mengapplikasi
Bila kes liwat kedua hadapi
Muak kita kerenah dia aksi

Syukurlah bicara kes lalui
Gagal usaha beliau halangi
Kesabaran saiful serlah kini
Berdoa di Mekah itu realiti

Ada demonstrasi sana-sini
Kerjasama anwar ditunggui
Keadilan anwar-saiful selari
Serahkan DNA prihal mesti

Kata-kata orang dulu hayati
Sepandai tupai jatuh ke bumi
Walau kancil selalu menangi
Gara-gara agas, buntu alami

serling
[15.03.11]
selasa
…...

UM:14.03.11:Isnin:
“DNA: Ramai desak Anwar”

No comments: