Monday, August 24, 2009

WAJAR BERLANGIR !

SUBURKAN DEMOKRASI !

N 11 Permatang Pasir
ADUN baru nanti gilir
Yang dulu pergi takdir
Pilih BN, sihatlah fikir

Semesti pengundi ingat
ADUN Pas tak manfaat
Kerusi EXCO tak muat
DAP dan P K R khianat

Malang ADUN Pas dulu
Hadirnya bagai tak perlu
Kini biar BN pula pandu
Licinkan BN membantu

20,290 orang layak undi
72 peratus melayu wakili
Bukan melayu yang baki
Undilah subur demokrasi

Sempena di bulan puasa
Permudah terbuka minda
Undi BN sangat berharga
Kepada BN jangan curiga

Esok selepas solat subuh
Jangan asyik peluk tubuh
Mengundi jangan rempuh
Hindari diri gopoh-kecuh

Usah ikut gaya pak pandir
Namanya disebut di bibir
Perbuatannya jurus bazir
Tolak Pas bagai berlangir

serling
[25.08.09]
selasa
…..
UM:25.08.09:isnin:
-“BN yakin beri saingan sengit”
-“Keputusan sebelum pukul 8 malam”
-“Kemenangan calon dibatal jika terus kempen”

3 comments:

BENGAH @ SERLING said...

“berlangir” mandian mulia
Mental dan fizikal jadi ceria
Istilah rawatan tradisi guna
Kini macam kata asing pula

merandok said...

juga disebut "serung"@"berserum"
khasiat yang sakit lebih maklum
yang sihat mesti tahu jika belum
jenis herba daun pilihan dicium

berlangir serung bukan mudah
kalau tak sakit tak payah-lah
buruk anggap tak ikut pemerintah
diumpama buta ta'sihat ta'kebah

kenapa resamnya mesti begitu
membangkang dipandang kematu
kuasa mutlak perlu nak diburu
selisih yang bawah nak tegur malu

dariana said...

kenapa ya perlu terus bangkang
kenapa ya masih perlu regu
kenapa ya masih perlu bn
padahal bn mencatat ragu.