JANGAN KITA LUPA ARAH !
Tujuh wasiat raja Melayu
05 Ogos 1957 ingat selalu
King’s House lokasi restu
Pertahankan wasiat sepadu
Raja Muda Perak tepat titah
Ketika sebangsa berbantah
Demi meraih kuasa perintah
Bagaikan terlupa mana arah
Malaysia nama negara kini
Tahun 1963 nama baru beri
Asal sepadu sebelas negeri
‘Tanah Melayu” ingat mesti
Raja-Raja mengisytiharkan
Tanah simpanan dikekalkan
Limapuluh peratus untukkan
Rakyat Melayu tak lupakan
Demi keselamatan Negara
Rejimen Askar Melayu ada
Kepahlawanan pupuk setia
Semua rakyat tidak dibeza
Kedaulatan raja-raja jamin
Pemerintahan dipasti licin
Raja dan rakyat, mesra jalin
Bersama kekal silatulrahim
Diisytiharkan Islam rasmi
Agama Persekutuan diakui
Semua orang wajib patuhi
Isu arak, MB selangor diuji
Perihal bahasa kebangsaan
Bahasa Melayu diperkenan
Tidak wajar ada pertikaian
Sukar tanpa pengorbanan
Wasiat terakhir amat teruja
Raja-Raja Melayu menjaga
Istimewa bumiputera dibela
Hak sah kaum lain tak lupa
Kisah termaktub masa dulu
Ketika perkenan raja perlu
Raja-raja dan rakyat bersatu
Derhakakan Raja buruk laku
serling
[07.08.09]
jumaat
…..
p/s:
UM:07.08.09:jumaat:”7 wasiat raja Melayu”
Friday, August 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bukan sebarang wasiat
Tuntut ketaatan rakyat
Setuju dengan hati berat
Khuatir rakyat tak larat
Khuatiran raja kini nyata
Melebar curiga sama kita
Kita yang ikhlas kata nista
Pengkhianat bangsa beraja
Gerak pengkhianat kenali
Salah lain bangsa ditutupi
Agama dan bangsa ketepi
Anwar dan Khalid khianati
Auta anwar wajar disekat
Bohongi 16.09.08 diingat
Hentikan khalid diperalat
Moga PAS sedarlah cepat
Lihat ombak tesusun belari tiba
Kotoran sampah beraneka rupa
Rakyat nampak fikiran meraba
Kerajaan rebah menimpa siapa ?
Berkilau sinar Sang Matahari
Memukau mati menteri jauhari
Risau, pengacau menipu negeri
Dalam hatinya sudah dipelajari
Suruh puteh hitam menentang
Hitam menentang merapu bagi
Riohnya kelanteh salam datang
Salamnya datang tipu sakali lagi.
Terbuka koyak bawa hak asasi
Pemimpin diam kantong berisi
Tanah Melayu, berebut nak kasi
Kepala otak? melayu demokrasi.
Tragedi 13 Mei samakin ketara.
Demonstrasi mencaci buat sasuka
Ekonomi dijaja pengkianat mara
Pribumi wajah ditukarkan muka
Tujoh wasiat tertera sempurna
Perlembagaan ada menjadi hina
Jatoh larat bangsa, ugama kena
Kemerdekaan tidak lagi berguna
Post a Comment