Tuesday, March 31, 2009

DULU & KINI !

POLITIK MILIK BERSAMA !

Tidak sesuai berpolitik
Pro dan kontra dijentik
Tugas utama mendidik
Liku guru kena selidik

Politik berkaitan kuasa
Kepada spesis manusia
Yang pasti punya ketua
Bagai MLM gaya niaga

Setiap lapisan berkepala
Parti macam MLM hala
Bijak kepala MLM jaya
Terselit mana level bala

Para guru dahulu berjasa
Merekalah gerak bangsa
Dengan akar umbi sama
Korban tenaga dan masa

Enam dekad sekejap saja
1957 T.Melayu merdeka
1963 jadi Malaysia pula
Jasa guru kurang peraga

Kini disiplin murid teruja
Pada guru terbeban semua
Murid lemah, guru dikata
Jika pandai, jasa ibubapa

Situasi ada jangan diusik
Pada level ketua tak lantik
Sertai UMNO bukan pelik
Para guru sebagai pencelik

serling
[01.04.09]
rabu
…..
p/s:
- diabadikan tanda gedebee guru dulu buat kita kini celek mata !
- UM online; 29/03/2009 8:37pm:ahad
“Cadangan guru berpolitik terima pelbagai reaksi”

Monday, March 30, 2009

15 - 3 - 2 !

SAPA WAKILI N25, P059 & N29 ?

Limabelas, tiga dan dua
Bilangan calon mencuba
PRK jalan serentak tiga
Demokrasi di negara kita

Di B.Selambau limabelas
Tiga di B.Gantang galas
Dua di Batang Air jelas
Para pengundi usah culas

Undian tangan pengundi
Rayu calon patut dengari
Beza cakap-bikin hindari
Setiap undian amat hargai

Dua DUN, PKR tandingi
Di Parlimen, PAS wakili
Agihan kerusi PR setujui
Fokus PR semua menangi

BN punya formula sendiri
B.Gantang UMNO wakili
Di B.Selambau MIC akuri
PRS di Batang Air tandingi

BN dan PR seri gerakbalas
Bila berikan maklumbalas
BN dan PR tak mahu tewas
Pemenang bagai cepuemas

Seperti pernah hamba kata
Ketika PRK KT buka mata
Strategi tepat bawa bahagia
Salah caturan undang duka

serling
[30.03.09]
isnin
….

UM:30.03.09:isnin:
“Calon BN dijangka hadapi saingan sengit pada tiga pilihan raya kecil”

Thursday, March 26, 2009

PATAH TUMBUH !

AMANAH MENANTI !

Kepada Pak Lah bakal pergi
Najib bakal perdana menteri
Terima kasih akur pada ahli
Peralihan kuasa amat bererti

Bagai serah baton acara lari
Tatacara serahan mesti akuri
Pemberi dan penerima serasi
Baton serah tak jatuh kebumi

Kesabaran najib imej terpuji
Janji pak lah tetap dipercayai
Dicelah keraguan ikhlas janji
Terselit akuan pak lah zahiri

Syabas pak lah, jasa diingati
Silap dan salah kena dimaafi
Dendam kesumat cukup sini
Doakan UMNO terus berseri

Syabas najib, sabar menanti
Tampil kedepan demi ketuai
Terimalah mereka menangi
Awasi pemuda imej liability

UMNO amatlah dicemburui
Terutama PR teramat iri hati
Gerak mereka yang lupa diri
Hingga Sultan pun ditentangi

Semua warga di Malaysia ini
Aman serta makmur diingini
Najib bagaikan pengemudi
Tunaikan amanah penuh hati

serling
[27,03.09]
jumaat

p/s:
BERNAMA.COM:26.03.09:KHAMIS
“Abdullah Hadiri Jamuan Jasamu Dikenang”
“Muhyiddin Timbalan Presiden UMNO Yang Baru”

Wednesday, March 25, 2009

LANGKAH KIRI ?

IMPAK SLOGAN BERDURI !

Yang ditunggu diketahui
Rosnah mengetuai puteri
Menang Shahrizat tepati
Syabas hawa pandai undi

Yang ditakuti menghantui
Undian pemuda mewarnai
KJ kena ‘amaran’ menangi
Liabiliti terus UMNO jajai

Strategi KJ telah menjadi
Dalam tandingan tigasegi
Enam bulan kempen akui
Seluruh pelusuk dia pergi

Matang wanita dan puteri
Yang dipilih dilihat serasi
Bijaksana hawa atasi lelaki
Setiakawan slogan berduri

Hanya 38 peratus KJ dapati
Isyarat majoriti tidak sukai
Ucap sulongnya menyakiti
Cara sharizat lebih diyakini

Hadapan perwakilan zahiri
Dalam exco tiga unsur ahli
Melalui TV siaran dengari
Kaedah KJ melangkah kiri

Jika benar KJ ingin berbakti
Kesilapan ini usah diulangi
Cara dalaman patut tangani
Pada KJ wajar najib teguri

serling
[26.03.09]
khamis
…..


p/s:
BERNAMA.COM:25.03.08:RABU:
“Shahrizat Ketua Wanita UMNO Yang Baru”
“Rosnah Dipilih Ketua Puteri UMNO”
“Khairy Dipilih Ketua Pemuda UMNO”

Monday, March 23, 2009

HANYA DIKAU !

JAUHI YANG DICURIGAI !

‘Hanya Dikau’ di Arkib Negara
Tiga dalam satu digabung sama
P.Ramlee telah tinggalkan kita
KJ dan Mohamad Nizar peraga

Jasa P.Ramlee diingati sentiasa
Kanak-kanak sehingga dewasa
Batasan politik tidak pun terasa
Gigih dan tekunnya kongsisama

Di Bukit Gantang dijaja semula
Dahulu DUN ke Parlimen pula
Nizar ada kata ‘mohon derhaka’
Sultan Perak bagai dilekeh saja

KJ berhajat jadi ketua pemuda
Saingan tiga penjuru yang ada
Dulu jadi Naib Ketua pemuda
Kaitan dengan mertua berjaya

P.Ramlee menghiburkan kita
Nizar dan PAS agenda kuasa
Hajat KJ menguasai pemuda
Nizar dan KJ corakan bangsa

Undi penyokong amat harga
Nizar serta KJ situasi serupa
Jayakah Nizar imej ‘derhaka’
KJ ada kaitan dengan mertua

‘Hanya Dikau’ cukup makna
Jasa P.Ramlee ingat sentiasa
KJ dan Nizar caragaya sama
Tersalah undi bawa bencana

serling
[24.03.09]
selasa
…….

p/s:
BERNAMA:
-22 Mac, 2009 15:25 PM:“Arkib Negara Anjur Program 'Hanya Dikau' Kenang P. Ramlee”
-22 Mac, 2009 16:58 PM:“Khairy Buat Laporan Polis Berhubung Buku Memfitnahnya”
-24 Mac, 2009 00:23 AM:“Mohamad Nizar Calon PAS Parlimen Bukit Gantang”

Saturday, March 21, 2009

TUKUL BESI !

MUDAH URUSKAN PARTI ?

Mudahnya menguruskan parti
Anwar menentukan nasib ahli
Si Fairus telah diarah berhenti
Timbalan KM 1 dikosong kini

Hingga 8 April, kata KM lagi
Bebeza berita TV sebelum ini
Maklum Fairuz hanya bercuti
Letak jawatan tidak dibayangi

Kata pengerusi PKR maklumi
Peliknya Fairus diluar negeri
Hantar surat melalui faksimili
Ngapa tak hantar serah sendiri

Tiada Lembaga Disiplin parti
Seperti yang UMNO memiliki
Bebas anwar ikut citarasa hati
Bagai PKR milik harta peribadi

Hanya kekal ADUN di Penanti
Jelas anwar dan fairus tak selari
Salah apakah telah fairus warnai
Buatkan anwar hayun tukul besi

Fairus akan sambung belajar lagi
Dari mulut pengerusi PKR negeri
Inilah cara PKR tutup lemah parti
Cara Datuk Zahrin buat teka teki

Orang muda PKR, Fairus wakili
Bagai mereka mahu dikongkongi
Lupa mereka PKR, anwar miliki
Apa kata anwar itulah kata parti

Jika punya kesalahan dilanggari
Dimana “keadilan” slogan parti
Adakah hanya menipu pengundi
Hakikatnya anwar berkuku besi

serling
[21.03.09]
sabtu
p/s:
BERNAMA:21 Mac, 2009 14:04 PM;SABTU:
“Fairus Letak Jawatan Sebagai Timbalan Ketua Menteri”


PULAU PINANG, 21 Mac (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin hari ini menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan juga EXCO kerajaan negeri kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lim mengesahkan bahawa beliau menerima surat peletakan jawatan itu yang berkuatkuasa 8 April daripada Fairus melalui faksimili awal pagi ini.

"Kita menerima peletakan jawatan itu setelah mengadakan perbincangan dengan Pemimpin Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan PKR negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim," kata Lim kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Lim yang juga setiausaha agung DAP enggan mengulas mengenai sebab-sebab peletakan jawatan Fairus.

Beliau berkata kerajaan negeri menerima peletakan jawatan Fairus sebagai EXCO kerajaan negeri iaitu sebagai pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Pembangunan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat.

"Saya percaya Fairus ada sebab sendiri untuk meletak jawatan tetapi beliau masih kekal dengan PKR dan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti," kata beliau.

Ditanya siapa yang sesuai untuk mengganti Fairus, Lim berkata: " kedudukan itu pada kini kosong sehingga 8 April sebelum surat peletakan jawatan itu berkuatkuasa", katanya.

Beliau berkata Fairus akan menghabiskan semua cuti tahunan sehingga 8 April sebelum peletakan jawatan itu berkuatkuasa.

Sebelum ini, ada spekulasi bahawa Fairus akan mengosongkan jawatannya Khamis lepas tetapi pemimpin parti mengatakan ia hanya khabar angin.

Semalam, Lim juga memberikan penjelasan dengan mengatakan bahawa Fairus bercuti pada minggu ini dan akan kembali bertugas Isnin ini melainkan beliau menyambung cutinya.

Wednesday, March 18, 2009

SAMA TAPI BEZA ?

IMPAK GUGUR DAN AMARAN !

Sama ada salah ataupun tidak
Lembaga Disiplin punya hak
Tidak salah, nafas tidak sesak
Dihukum amaran, masih segak

Fokus calon tanding MAC ini
Ali Rustam, KJ dan KT diadili
KT bebas pertuduhan dihadapi
Ali Rustam dan KJ salah dapati

Etika 10.1 keduanya bersalahan
Ali Rustam disekat pertandingan
Satu lawan satu akhir kedapatan
Merayu ali rustam atas hukuman

Kerusi ketua pemuda tak berubah
KT, KJ dan mukhriz penentu arah
KJ diamaran sahja walau bersalah
Pendinding apakah buat KJ gagah

Etika 10.1 bersalahan telah dapati
Ali Rustam dan KJ kelihatan seri
Nasib pada ali rustam dapat rugi
Kelihatan KJ ceria serta berseri

Penyokong ali rustam tersentak
Kenapa ali rustam sahaja ditetak
KJ masih lagi boleh terus gerak
Kekaburan sebegini wajib elak

serling
[18.03.09]
rabu
….
p/s:
UM:18.03.09.rabu:
“Ali dilarang bertanding”
“Layak bertanding Ketua Pemuda”
“Khir bersyukur bebas tuduhan”
“UMNO Melaka terkejut, kecewa”

Monday, March 16, 2009

WASPADA !

MUSANG BERBULU AYAM !

Pengajaran peristiwa sejarah
Semasa Sadam memerintah
Ditabur Amerika kata fitnah
Kini semadi Sadam di tanah

Najib bakal PM negara kita
Rakan karib Amerika duka
Fitnahkan buruk imej rupa
Konon membunuh manusia

Serupa cara Sadam diserang
Amerika tidak buat sebarang
Satukan focus pembangkang
Kini peribadi najib digoyang

Hajat BN dapat tumbangkan
Tanggal 16.09.2008 targetkan
Celekakal YB BN selamatkan
Anwar dengan labu dibiarkan

Peminpin boleh datang pergi
Rakyat dan Negara lindungi
Kerjabuat anwar kena curigai
Moga Malaysia, Allah berkati

Iktibarkan peristiwa bersejarah
Di Vietnam, Amerika kena nyah
Jadikanlah UMNO / BN gagah
Musang bulu ayam wajib cegah

serling
[17.03.09]
selasa
…..
p/s:
UM:17.03.09:SELASA:“Gobind digantung 12 bulan”


KUALA LUMPUR 16 Mac - Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menggantung Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) daripada menghadiri sidang Dewan selama 12 bulan berkuat kuasa serta-merta.

Selain digantung, Gobind tidak akan menerima sebarang bayaran elaun dan kemudahan sebagai Ahli Parlimen sepanjang tempoh tersebut.

Tindakan tersebut diambil ekoran dua kenyataan Gobind yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam kes pembunuhan selain menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

Kenyataan berkenaan dibuat Gobind pada 12 Mac lalu semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009).

Sewaktu membentangkan usul tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kenyataan Gobind itu sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen serta merupakan penghinaan kepada Dewan.

Setelah perbahasan selama kira-kira 40 minit, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan untuk menggantung Gobind melalui undian mulut yang menyaksikan Dewan meluluskan secara sebulat suara.

Ini berikutan kesemua ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan ketika pengundian berlangsung sebagai tanda bantahan di atas keputusan Pandikar Amin untuk menerima usul tersebut walaupun ia dibantah mereka sebelum itu.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) berhujah mengapa usul tersebut patut ditolak termasuk mendesak Gobind diberi peluang mempertahankan dirinya.

Setelah hampir 50 minit pembangkang diberi ruang membangkitkan bantahan, Pandikar Amin kemudian menegaskan yang beliau tetap meluluskan usul itu untuk dibahaskan kerana ia melibatkan kepentingan umum yang membawa persepsi kepada masyarakat berhubung gelagat ahli Parlimen.

''Saya dah baca peraturan mesyuarat 27 (3), 80 (1) dan 44 (8) yang mana membolehkan usul patut dibahaskan dalam Dewan ini.

''Ini adalah tafsiran saya dan saya nak ingatkan keputusan Speaker di bawah peraturan 43 harus diterima. Ini perkara yang ada kaitan dengan tabiat, gelagat dan keceluparan ahli Dewan berlindung dalam Dewan dan bukannya berlaku di luar sana. Semua tahu perkara ini berlaku," katanya.

Katanya lagi, beliau faham mengenai kebebasan bersuara dan keistimewaan ahli Parlimen, tetapi mestilah dalam tanggungjawab sendiri dan ia sendiri bukan bersifat mutlak.

''Ini berpunca daripada ahli Parlimen sendiri dan bukan daripada saya. Saya lakukan ini supaya tidak berlaku lagi perlanggaran peraturan mesyuarat.

''Majlis yang bersidang adalah lebih berkuasa daripada Jawatankuasa Hak Kebebasan dan Keistimewaan yang diwujudkan sendiri," jelasnya.

Pandikar berkata, selain itu, Gobind sendiri enggan mengulangi kenyataan di luar Dewan seperti yang dilaporkan media kerana tidak dilindungi imuniti seperti mana di dalam Dewan.

Sehubungan itu, katanya, ini bermakna tindakan Gobind itu hanya untuk berselindung di sebalik keistimewaannya sebagai anggota Dewan.

Justeru, menurutnya, Gobind didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (6) iaitu sangkaan jahat, 36 (4) bahasa kurang sopan, 36 (9) menyebut sifat dan kelakuan anggota Parlimen selain daripada menjalankan urusan, 36 (2) menyebut perkara dalam pertimbangan mahkamah, 36 (10) b dan c iaitu membangkitkan perasaan marah kepada kerajaan serta menaikkan perasaan antara kaum.

Pandikar Amin kemudian mengarahkan perbahasan diteruskan dengan Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) mengambil giliran berbahas dan diikuti tiga ahli Dewan yang lain termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setelah Nazri selesai menggulung, Pandikar kemudian mengumumkan keputusan berkenaan pada pukul 1 petang setelah undian mulut dibuat.

Sunday, March 15, 2009

IKHLASKAH ?

WAJARAN SARANAN HADI!

Saran hadi, nik aziz tak setuju
Pemudanya sokong, lain bisu
Banyak perkara menjadi begitu
Kata siapakah ahli PAS mahu

Hampir setahun PR beroperasi
Dahulu lima, kini empat negeri
Bagaikan DAP dan PKR ketuai
Kedah dan Kelantan terkecuali

Ustaz beri takzirah jelas perkara
Perihal janji di dalam hidup kita
Setiap janji jangan sengaja lupa
Memungkiri janji, sifat durjana

Imbas kembali PRU12 dahulu
Janji BA @ PR umpama madu
BN sendiri rasa tidak mampu
Demi kuasa, BA boleh menipu

Jelas sekarang PR engkar janji
Terbukti mereka utamakan diri
Camry tidak dijanji segera beli
Selangor dan Perak mencontohi

Hadi dan pemuda mungkin rasa
Peranan PAS tukang angguk saja
Caragaya nizar pernah buat kerja
Selamatkan PAS sebalik agenda

Dalam PAS pun ahlinya melayu
UMNO dan PAS eloklah bersatu
Pabila bersekutu bertambah mutu
Waspadalah, muslihat balik pintu

serling
[16.03.09]
isnin
…..
p/s:
-MM:15.03.09:ahad:
” Tidak perlu kerajaan campuran BN-Pas”
“Dewan Pemuda Pas setuju saranan Hadi”

KOTA BHARU 14 Mac – Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) menyokong penuh cadangan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar semua parti politik di negara ini bersatu mewujudkan kerajaan perpaduan.

Timbalan Ketuanya, Nasarudin Hassan berkata, idea tersebut tepat pada masanya untuk semua sama-sama memberi keutamaan menyelesaikan isu ekonomi dan konflik politik dalam negara pada hari ini.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya merendahkan keegoan bagi menerima pembangkang berfungsi dalam kerajaan.

“Kerajaan perpaduan bermakna kerajaan tanpa pembangkang. Ia bukan bermakna Pas akan menyertai UMNO atau pakatan pembangkang akan menyertai BN.

“Tetapi ia bermaksud kami diberi ruang dalam pentadbiran kerajaan untuk sama-sama mengambil peranan dalam negara menyelesaikan isu ekonomi yang semakin gawat dan juga konflik politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat DPPP di JKR 10 di sini hari ini.

Abdul Hadi baru-baru ini dalam temu ramah dengan sebuah portal berita berkata, semua parti-parti politik di negara ini perlu bersatu untuk agenda yang lebih besar negara iaitu bekerja untuk kepentingan rakyat.

Presiden Pas itu mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan yang mana semua pihak bekerjasama untuk kepentingan negara bukan lagi untuk kepentingan parti masing-masing yang sempit.

Nasaruddin berkata, pandangan yang berbeza seperti yang disuarakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah perkara biasa pada peringkat awal sesuatu cadangan.

Thursday, March 12, 2009

TIDAK NGAKU !

TUBA SALUT MADU !

Catatan sejarah wajib tahu
Hari 16.09.08 diuar dahulu
Ego anwar nampak dipacu
PM Mat Jenin sah berlaku

Setahun telah pun berlalu
PR mengganti BA dahulu
Bodi lama dijenama baru
Janji enak, rakyat tertipu

Begitulah muka tak malu
Islam diguna tipu melayu
Tertipu melayu buta kayu
Ahli PAS tegar tetap padu

PKR diketuai oleh melayu
Tapi perjuangan bercelaru
Perjuangan Hindraf dialu
Menjaga hati rakan hindu

DAP memanglah begitu
PAP singapura tuan guru
Kata DAP di Johor Bahru
Tuduh apartheid berlaku

Semacam gaya PR sebulu
Demi kuasa sanggup tipu
Laksana janji tak mampu
Rakyat sengaja PR keliru

Sejak lepas PRU 12 dulu
PR @ BA senyum selalu
5 negeri, BN hilang kuku
Kini negeri PR tolak satu

Ketika janji rakyat tunggu
Di Perak gerak PR merapu
Derhaka pada raja sepadu
Kini minoriti, tidak ngaku

Titah Sultan Selangor jitu
Impak perpecahan melayu
Tetapi puak PR diam bisu
Bijak dalangnya memacu

serling
[13.03.09]
jumaat
…...

Tuesday, March 10, 2009

HATI KERESAHAN !

KEADILAN DINOBATKAN !

Tanggal 01.07.2009 ditetapkan
Kali kedua anwar dibicarakan
Kes liwat pertamanya lepaskan
Moga kali ini sebalik keputusan

Sebagai rakyat biasa perhatikan
Kerenah si anwar luar kebiasaan
Segala peluang ada pergunakan
Bicara kes sengaja dilambatkan

Kenapa anwar dalam ketakutan
Jika tidak bersalah usah risaukan
Pasukan peguambela dilantikan
Kata “konspirasi” dulu elakkan

Harap Saiful Bukhari tabahkan
Imam saksi sumpah ikhtibarkan
Saksi dalam masjid permainkan
Kepada anwar, dia merapatkan

Ketentuan Allah, kita nantikan
Keberanian Saiful melaporkan
Sumpah Saiful, anwar sendakan
Sapa salah di hatinya keresahan

serling
[11.03.09]
rabu
…..
p/s:
BERNAMA:10 Mac, 2009 14:55 PM
“Perbicaraan Kes Liwat Anwar Pada 1 Hingga 24 Julai”


KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 1 hingga 24 Julai sebagai tarikh perbicaraan dakwaan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbicaaan kes itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Hakim Mohamad Zabidin menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan secara rasminya dipindahkan dari Mahkamah Sesyen hari ini walaupun mendapat bantahan daripada peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah.

Sulaiman berhujah bahawa sijil pemindahan kes itu sepatutnya dikemukakan kepada Hakim Mahkamah Sesyen S. M. Komathy Suppiah memandangkan perkara itu pada asalnya didengar oleh beliau.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa Komathy sedang bercuti dan mana-mana mahkamah rendah boleh mendengar perkara berkenaan.

Hakim Mahkamah Sesyen Rozana Ali Yusoff bersetuju dengan Mohamed Yusof dan memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

Di Mahkamah Tinggi, dakwaan terhadap Anwar dibacakan sekali lagi dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu memohon dibicarakan berhubung tuduhan itu.

Anwar, 61, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

Mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, ketua pembangkang itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.

Sulaiman memohon kepada mahkamah memerintahkan pihak pendakwaan untuk membekalkan semua dokumen berkaitan bagi persediaan pihak pembelaan.

Beliau menegaskan bahawa pihak pembelaan memerlukan laporan DNA bagi mendapatkan pandangan pakar luar negara.

Hakim Mohamad Zabidin mengingatkan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan bahawa beliau memberikan keutamaan terhadap kes itu.

"Saya memberi tempoh dua bulan bagi kedua-dua pihak untuk membuat persiapan bagi perbicaraan dan pada masa itu rayuan mungkin boleh didengar," katanya.

Pada 5 Mac, beliau membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin berkata

Komathy telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa sijil pemindahan yang ditandatangani Peguam Negara Abdul Gani Patail sebagai tidak sah.

Pada 7 Nov tahun lepas, Komathy memutuskan bahawa kes itu menimbulkan satu situasi unik di mana adalah jelas bahawa sebarang penglibatan Peguam Negara dalam kes ini akan memburukkan lagi keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kehakiman jenayah.

Pada Jumaat lepas, peguam Anwar memfailkan rayuan terhadap keputusan Mohamad Zabidin di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Anwar berkata beliau mengharapkan perbicaraan yang adil walaupun berasa sangsi dengan kebebasan badan kehakiman.

"Saya lantang menyuarakan isu tata perilaku hakim dan saya kini berhadapan dengan mereka," katanya.

Memandangkan perbicaraan kes itu akan hanya didengar pada Julai, beliau akan memberi tumpuan kepada tiga pilihan raya kecil iaitu kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai di Sarawak.

Pada perbicaraan hari ini, Anwar diiringi isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua.

-- BERNAMA

Sunday, March 8, 2009

POLITIK SAMSENG !

TEMBElANG TERBUKA !

Memang nizar keras kepala
Dahulu titah Sultan disenda
Pada Sultan, mohon derhaka
Anggap diri masih berkuasa

Dari DAP perak punca berita
Kita dimaklumkan dua pekara
Pokok monumen dipacak juga
Menghadap Sultan, nizar minta

Cara Pakatan Rakyat luar biasa
Terusan baginda Sultan disenda
Arah injuksi mahkamah dihina
Bagaikan Sultan mahu dipaksa

Kaedah konfrantasi PR warna
Undang Tubuh Perak buat lupa
Lantik MB Perak,Raja berkuasa
Demokrasai ala samseng dijaja

Ngapakah Nizar pilih derhaka
Kalau benarlah seronok kuasa
Tunggulah PRU 13 bakal tiba
Janji PRU 12 pengundi tanya

Hanya ahli PR yang percaya
Bahawa PR masih lagi dipuja
Hakikat tembelang PR terbuka
Janji PRU 12 dulu auta belaka

serling
[09.03.09]
Isnin
…..
p/s:
UM:09.03.09:isnin:“Nizar tiada hak”


KUALA LUMPUR 8 Mac - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiada hak untuk memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, kata Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Menurut Zambry, Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa hanya Menteri Besar yang mempunyai hak menghadap Sultan Perak untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan DUN.

"Kenyataan yang dibuat oleh Mohammad Nizar adalah semata-mata untuk mengelirukan rakyat dan sebagai usaha mengganggu kestabilan politik negeri Perak serta sebagai tindakan menghina dan mencabar institusi raja dan kuasa Sultan Perak," kata Zambry dalam kenyataan satu muka surat yang difaks kepada Bernama di sini malam ini.

Zambry juga mengingatkan bahawa pada 6 Februari lalu, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 yang sah, yang dilantik dengan perkenan Sultan Perak.

"Mohammad Nizar perlu menerima hakikat yang nyata akan kuasa melantik seorang Menteri Besar adalah di bawah kuasa mutlak Sultan Perak seperti yang termaktub dalam perkara 18(2)(a) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," katanya. - Bernama

Saturday, March 7, 2009

SINAR MASIH ADA !

BERSAMA BANTERAS BULI !

Dalam youtube sumber bukti
Pelajar sekolah buli membuli
Sekolah di Sarawak menjuari
Sesi sekolah 2009 baru mulai

Gejala buruklaku mudah jalari
Meletup di akhbar banyak lagi
Hampir di semua negeri terjadi
Belum campur sekolah susupi

Di Sarawak diguna tangan kaki
Hebat kelantan, lawi ayam besi
Negeri sembilan dulu, satu mati
Apakah akan jadi generasi kini

Bukankah TV3 turut mengajari
Perlakuan ganas sering tontoni
Dalam slot khas tandingan gusti
Terangan promosi caragaya buli

Kesilapan masyarakat mewarnai
Seratus peratus sekolah dibebani
Walaupun libat amat kecil sekali
Gabungkan saranan baik tangani

Jasa guru mendidik amat hargai
Kaedah Pengetua Gedebee jauhi
Syabas pada guru yang dedikasi
Walaupun di cerok mana lokasi

serling
[07.03.09]
sabtu
…..
p/s:
-UM:06.03.09:jumaat:
”Pelajar cedera dilibas lawi ayam”
“Selamatkah sekolah kita ?”
“Komitmen bersama atasi gengsterisme”
-NST online:2009/03/07:
“School bully says sorry to victim”

Friday, March 6, 2009

NGAPA BIADAB ?

SULTAN PAKSI BERSATU !

Melayu pertikai bangsa sendiri
Luahan Sultan Selangor hayati
Bagai bangsa tiada berjati diri
Pabila beza ideologi menguasai

Bukankah pilihan hadapan mata
Kenapakah ada melayu terbuta
Kepada Sultan sengaja durhaka
Terpengaruh rakan lain bangsa

Bertambah kalut dan malang lagi
Dalangnya ketua PR mengetuai
Walaupun dianugerah Dato’ Seri
Demi kuasa, titah Sultan sanggahi

Anggota PAS usahlah bersukaria
Regu dalam PR berciri sementara
Dianalogi perniagaan usahasama
Akhirnya yang dikuda jadi mangsa

Bukan Melayu di dalam PR perhati
Melayu dalam PR kurang dipercayai
Bangsa dan Sultan, sengaja musuhi
Spesis sifat begitu sesuai dilagai

Peringatan Sultan usahlah kita leka
Situasi rasmi masjid tepat masanya
Tiap patah titah baginda kena cakna
Melayu bersatu,orang lain tidur lena

serling
[07.03.09]
sabtu
…..
p/s:
BERNAMA: [06 Mac, 2009 17:03 PM]
“Melayu Pertikai Kedudukan Bangsa Sendiri Dan Raja Adalah Biadab : Sultan Selangor”


PETALING JAYA, 6 Mac (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kesal terhadap golongan Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan bangsanya sendiri dan Raja-raja Melayu walaupun perkara itu termaktub dalam perlembagaan.

Baginda menyifatkan kumpulan orang Melayu ini sebagai biadab, tidak berbudi bahasa dan tidak merasa segan atau malu sedangkan mereka telah diasuh dari zaman nenek moyang atas landasan adat istiadat, budi pekerti, bersopan santun, hormat-menghormati dan sentiasa bermuafakat.

"Di atas landasan inilah maka orang Melayu disegani dan dihormati (tetapi) di mana orang Melayu sekarang?

"Negara baru mencapai kemerdekaan setengah abad, orang Melayu telah bercakaran, hilang maruah, hilang budi pekerti disebabkan terlalu ghairah untuk merebut kuasa hingga sanggup menggadaikan bangsa dan negeri," titah baginda ketika merasmikan upacara pembinaan semula Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz dekat sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sultan Sharafuddin turut melahirkan kebimbangan terhadap orang Melayu di Selangor yang telah berpecah belah disebabkan oleh berlainan fahaman politik.

Titah baginda, walaupun bangsa Melayu tidak mungkin akan hilang dari dunia, tetapi tidak ada gunanya sekiranya orang Melayu yang tinggal itu tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.

"Beta sudah berkali-kali menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya menghormati antara satu sama lain, memahami akan kedudukan satu dengan yang lain dan yang paling penting, mempercayai antara satu dengan yang lain.

"Jika orang Melayu sentiasa menyimpan syak wasangka antara satu dengan yang lain maka inilah yang akan menimbulkan rasa curiga, rasa sangsi dan cemburu yang menyebabkan timbulnya fikiran dan tindakan yang negatif sesama rakyat jelata," titah baginda.

Sultan Sharafuddin juga menyeru rakyat Selangor supaya bertenang dan merenung sedalam-dalamnya apa yang telah berlaku dan bertanya kepada diri sendiri sama ada mahu keamanan dan kesejahteraan hidup yang dirasai kini berterusan, atau bertelagah sesama sendiri sehingga memusnahkan negeri sendiri.

Baginda menyeru orang Melayu supaya bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Menyentuh mengenai pengurusan masjid, Sultan Sharafuddin bertitah, pihak pengurusan perlu memandang serius dan lebih prihatin sekiranya terdapat unsur-unsur yang tidak sepatutnya ditimbulkan dalam suasana damai masjid.

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz yang terletak di Jalan Templer pada mulanya adalah sebuah surau kayu dua tingkat pada tahun 1956, dan lapan tahun kemudian ia dibina semula sebagai sebuah masjid batu berbentuk payung separuh tertutup.

Berikutan dengan jumlah anak kariah yang semakin meningkat, masjid itu sekali lagi diubah suai bagi pada 1980an, dan pada 2005 kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM15 juta untuk membina semula masjid itu.

Bangunan masjid itu kini meliputi kawasan lantai seluas 7,374 meter persegi dengan ruang solat yang mampu menampung 4,000 jemaah selain kemudahan tambahan termasuk dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah dan kelas pengajian.

-- BERNAMA

Wednesday, March 4, 2009

MASIH EGO LAGI !

SULTAN DIPEROLOK ?

Kanak-kanak main pondok
Mereka lakukan olok-olok
Bila DUN di bawah pokok
Yang hadir spesis bengkok

DUN Perak dan lain sama
Martabat DUN wajib jaga
Di bawah pokok luar biasa
Konon tergempar diagenda

Teliti susunan persembahan
Sendiwara DUN sengajakan
Bertujuan memaksa Sultan
Agar DUN Perak bubarkan

Mohon derhaka, kata dahulu
Bantah perlantikan MB baru
Sultan Perak dipalitkan malu
Kini pada Sultan ingin temu

Dulu titah sultan PR ingkari
Lagak Nizar bekas MB beraksi
Tika kerusi PR jadi minoriti
Hilang kuasa masih ego lagi

Sultan Perak rasa tak seronok
Titah baginda, dibuat perolok
Gelagat ADUN PR mengetok
Kembalilah berkelakuan elok

serling
[05.03.09]
khamis
….