Saturday, February 28, 2009

JAGA SELALU !

CAKAP TAK SERUPA BIKIN !

Kisah benar tahun 2008 berlaku
Ahli Majlis MPSP memberitahu
Si anwar dan isteri maklum dulu
Tapi hingga kini didiamkan bisu

Amizudin Ahmad bukan sebarang
Ketua Angkatan Muda PKR pegang
Dari Bukit Mertajam berita datang
Bukti lengkap dalam tangan tatang

Dakwa dua pemimpin PKR rasuah
Berkaitkan syarikat kuari bertuah
Punyai kepentingan diri terdedah
Tapi pucuk PKR buat tidak kisah

Kerajaan negeri menanggung rugi
Jutaan ringgit dalam bentuk royalti
Berbulan-bulan terjadi bukan sehari
Ngapakah anwar buat tidak peduli

Kelakuan berang si anwar tunjukkan
Tindakan Polis segera dipersoalkan
Keatas penyokong Hindraf belakan
Kecoh di Brickfield yang sengajakan

Pada Azimudin dan ahli PKR semua
Anwar bohongi 16.09.08 kena cakna
Keluar dari PKR ke UMNO ubatnya
Cakap tak serupa bikin anwar bahaya

Banteras rasuah, anwar heboh bertalu
Hakikatnya kes rasuah dipenjara dulu
Kategori salahgunakuasa tika berkuku
Putar alam si anuar dan PR jaga selalu

serling
[01.03.09]
ahad
…..
p/s:
-UM;28.02.09:sabtu:” Pemuda PKR tuduh PKR”
Oleh HASNURUL MOHAMED
utusanpenang@utusan.com.my

BUKIT MERTAJAM 27 Feb. – Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Amizudin Ahmat hari ini mendakwa dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini menerima rasuah daripada sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Amizudin yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas mendakwa, penyelewengan beberapa syarikat kuari di negeri ini melibatkan jumlah wang yang banyak dan kedua-dua pemimpin berkenaan mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama dua pemimpin terbabit dan jumlah rasuah yang diterima oleh kedua-duanya dengan alasan akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat.

‘‘Saya tidak ada masalah untuk mendedahkan nama dua pemimpin tertinggi PKR negeri ini yang terlibat dalam rasuah kerana saya seorang pejuang yang cukup telus dan jujur.

‘‘Saya juga tidak takut dengan risiko walaupun menyedari akibat daripada pendedahan ini akan menyebabkan saya disingkirkan daripada menganggotai MPSP,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat penuh MPSP di sini hari ini.

Menurutnya, beliau mempunyai bukti kukuh untuk dikemukakan berhubung dakwaan yang dilakukannya itu.

‘‘Bukti yang saya ada ialah melalui rakaman perbualan telefon sepanjang sembilan minit empat saat di antara saya dengan salah seorang daripada dua pemimpin itu,’’ ujarnya.

Isu itu kata Amizudin, timbul selepas beliau mendedahkan penyelewengan beberapa syarikat kuari sehingga menyebabkan kerajaan negeri kerugian jutaan ringgit kerana tidak menerima bayaran royalti daripada syarikat terbabit.

Katanya, selepas membongkar kes kuari itu dalam mesyuarat penuh MPSP pada pertengahan tahun lalu, beliau telah menerima panggilan telefon daripada seseorang yang memarahinya kerana membangkitkan isu tersebut.

Tambahnya, laporan berhubung penyelewengan yang berlaku telah dihantar kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk tindakan lanjut

2 comments:

.@blogger.com said...

Salam KPS,
Baru saya tau tuan Anak Pahang. Apa kata copy logo Gabungan Suara Anak Pahang dan Paste di blog tuan. Logo berkenaan boleh dapat dari blog 'Gabungan Suara Anak Pahang' http://gerbangtemumaya.blogspot.com
atau juga diblog saya BERANIKAN HATI > http://braveheart-blogger.blogspot.com

BENGAH @ SERLING said...

Benar aku anak Pahang
Akan berterusan bentang
Walau pedih didendang
Biar aku tidak dikenang