Friday, February 13, 2009

HELAH MENGABUI !

MEREKA REGU SERASI !

Dulu lantik nizar atas majoriti
Akur Sultan pada puak diwakili
Terkini puak nizar berminoriti
Keras kepala sengaja dipameri

Tahun 1995 telah pun terjadi
Mirip kes Nizar engkar patuhi
Keputusan di Mahkamah Tinggi
Datuk Kadir Sulaiman hakimi

Fakta kes ini eloklah dikongsi
Di Sabah prihal ketua menteri
Kes mantan KM yang diganti
KM baru dilantik YDN diakui

Minta bubar DUN tidak akuri
Bijaksana YDN tangani situasi
Kepada orang lain KM miliki
Kes di sabah boleh iktibar diri

Zambry dan nizar, bila perhati
Kesabaran zambry benar teruji
Sumbang watak nizar warnai
Derhaka kepada sultan terbukti

Nizar serta karpal regu serasi
Saman difailkan Jumaat tadi
Fokus titah sultan disanggahi
Begitulah PR helah mengabui

serling
[13.02.09]
jumaat
…..
p/s:
-UM:13.02.09:jumaat:m.s:05:”tiada asas mulakan prosiding”
-Ngapa pada nizar dikecualikan demonstrasi bantahan ‘Mohon Derhaka’ dilafazkan serta tindakan saman secara jelas bantah/derhaka titah Sultan Perak.

No comments: