Tuesday, February 10, 2009

DEGIL ITU DERHAKA !

RAJA TUNGGAK KITA !

PRU 12 tahun 2008 bergelora
BN bagai pemenang tercedera
Di parlimen, majoriti BN ada
Gagal menguasai dua per tiga

BN lima negeri gagal kuasa
PKR-DAP-PAS bersatu-setia
Pakatan rakyat nama tercipta
Pilihan rakyat, BN akur saja

Tarikh 16.09.2008 buat tanda
Target 31 YB BN menderhaka
Angan-angan jadi PM hampa
Bohong anwar jelas dan nyata

Sejarah di Perak jangan lupa
Kurang setahun dapat kuasa
PR tersentak, BN pulih lega
MB baru BN perkenan Raja

Tetapi MB lama PR derhaka
Emosi Nizar atasi titah Raja
Terlihat Nizar seperti dikuda
Malang penderhaka sebangsa

Ketika upacara dalam istana
MB baru angkat sumpah setia
Jumaat 06.02.09 cemari pula
Demostrasi bantahan bergaya

‘Daulat Tuanku’ ingat sentiasa
Elak Raja berduka dan terluka
Raja-Raja Melayu tunggak kita
Mengugat tunggak jemput bala

serling
[07.02.09]
sabtu
…..

p/s:
- Raja adil, rakyat muhibbah. Bila mantan MB degil, penyokongnya punah !

No comments: