Tuesday, February 10, 2009

PENDAKIAN BERLIKU !

BALA TERSALAH CALON !

Dari permatang ke kuala
Dua PRK sempurna ada
Satu PKR, satu Pas kuasa
Kini dua bukit susul pula

Permatang Pauh mulakan
Kekal PKR pertahankan
Anwar ganti isteri tujuan
Tercapai hasrat hajatkan

Kuala Trengganu terpaksa
Kematian YB BN tiba-tiba
UMNO/BN dan Pas berlaga
Majoriti undi Pas empunya

Bila YB PKR letak jawatan
Bukit Selambau kekosongan
BN dan PKR akan berlawan
Para pengundi buat pilihan

Bukit Gantang diluar jangka
Bila YB Pas meninggal dunia
Pas mahu menguasai semula
Peluang untuk BN ikut serta

Anwar menang dijangkakan
Gagal BN di KT, pengajaran
Calon BN banyak kelemahan
Undian majoriti mezahirkan

Kedua bukit bekas PR punya
Kini dibuka buat sapa sahaja
Salah pilih calon pasti merana
Tepat calon dan peka, berjaya

serling
[11.02.09]
rabu
……

No comments: