IKHLASKAH KATA HADI ?
Hadi mhu pak lah kekal
Demikian hadi bijakakal
Agar UMNO boleh gagal
Takutkan najib, menebal
Analogi di medan perang
Lawan kita jangan garang
Gitu pak lah, Pas pandang
Pada najib, takut terbayang
Tiada sejarah pertempuran
Ketua kita, musuh tentukan
Pak lah usah berbuat alasan
Undurlah tanpa berlengahan
KJ si menantu ikutlah serta
Mudah dan cepat najib kerja
Kalau ahli UMNO tak peka
nantilah musibah menimpa
Ulasan KJ teramat dangkal
konon 30 ribu masih kekal
Faktor kalah usah disangkal
Telahan TunM bukan nakal
serling
20.01.09
selasa
…….
……
p/s:
- hadi dan sealiran – JANGAN ingat dalam UMNO ahli2nya boleh dicucuk hidung macam ahli2 PAS. Kami berani berterusterang – demi agama, bangsa dan negara !
Monday, January 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bodohnya KJ telah diduga
TDM itu bukanlah tandingnya
Bila Pak Lah dan KJ tiada
Barulah UMNO maju dan jaya
Mereka berdua haruslah pergi
Tanpa ada tinggal legasi
Barulah UMNO dipandang tinggi
Gagah perkasa diserata negeri
Mat Taib serta Ali Rustam
Zahid Hamidi juga Si Nazri
Pilih yang putih buang yang hitam
Gemilang UMNO keakhir hari
Post a Comment