PABILA PENGERUSI LATAH !
Lain bengkak lain yang nanah
Bila pengerusi disiplin madah
Konon hasrat murni anti rasuah
Putera dan puteri bawa masalah
Kalau ahli biasa yang zahirkan
Pasti pihak akhbar tak laporkan
Tapi bila TST pengerusi uarkan
Jelas akan membawa pendebatan
Dangkal benar madah pengerusi
Benar rasuah tiada batas negeri
Yang bersalah jangan dilindungi
Putera dan puteri usah dikebumi
Ketika AUKU mahu dikemaskan
Batas berpolitik mahu kendurkan
Saranan TST pengerusi kepelekan
Selaku pengerusi elok diundurkan
Jika buat analogi maksud terluah
Selain putera-puteri patut dinyah
Siasatkanlah segala aduan rasuah
Barulah badan disiplin bermaruah
serling
[28.01.09]
rabu
……
p/s:
- masih ingat peristiwa TunM GAGAL pemilihan jadi G7 dahulu. Putusan siasatan semua dah tahu !
-BERNAMA: 28 Januari, 2009 15:42 PM: RABU:”Mansuh Sayap Parti Untuk Atasi Gejala Rasuah”
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Umno hari ini disaran menyusun semula struktur organisasinya dengan memansuhkan sayap-sayap parti, jika ia benar-benar serius hendak menghapuskan gejala politik wang.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berpendapat langkah itu perlu bagi memperbaiki dan memperkuatkan semula parti yang telah 50 tahun menjadi tunggak kepada kestabilan di negara ini.
Beliau berkata gejala politik wang di dalam parti boleh dibendung jika pemilihan di dalam parti dapat dikurangkan dengan memansuhkan sayap-sayap parti, terutamanya yang baru ditubuhkan.
"Saya dok fikir perlukah ada Puteri dan Putera kerana selagi ada Puteri dan Putera, banyak lagi duit dok main. Saya juga berfikir barangkali Pemuda dan Wanita juga perlu dipertimbang. Di England, rasanya tidak ada women or ladies association baik dalam parti Konservatif mahupun Parti Buruh," katanya.
Beliau yang ditemui pada sidang media lembaga itu di sini hari ini berkata, anggota Puteri dan Putera yang rata-rata masih terlalu muda sepatutnya memberikan tumpuan kepada pelajaran dan bukannya terlibat di dalam arena politik.
"Puteri dan Putera ini sepatutnya mementingkan pelajaran, bukan masanya untuk mereka terlibat dalam politik, kalau hendak bagi pendedahan pun janganlah terlalu awal.
"Mereka ni masih umur belasan dan awal 20-an," katanya yang mengakui ada anggota sayap itu yang terlibat politik wang tetapi setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang tampil membuat aduan.
Beliau berkata banyak yang masih perlu dipelajari oleh golongan itu terutamanya kerana negara bergantung kepada golongan muda untuk menerajui negara pada masa akan datang.
"Kita bergantung kepada orang muda untuk membawa negara kita pada tahap yang tinggi dan bertanding dengan negara lain, kalau nak berpolitik, tak de keje lain la (melainkan) politik sahaja," katanya.
Beliau yang berharap saranan itu dipertimbang pucuk pimpinan tertinggi parti turut berpendapat bahawa sistem kuota yang diamalkan pada masa ini juga perlu dimansuhkan kerana ia membawa akibat buruk kepada parti dari aspek gejala politik wang.
Di bawah sistem itu, seseorang ahli perlu mendapat sejumlah pencalonan dari bahagian-bahagian untuk layak bertanding jawatan dalam Umno.
-- BERNAMA
Wednesday, January 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
apalah seloka ataukah jenaka
tst rithauddin empunya kata
kenapakah pendek akal jadinya
mendengarnya rasa tak percaya
putera dan puteri kini disalahkan
kenapa tidak wanita dan pemuda
apakah khairy yang sangat ditakutkan
menyogok merasuah kerana jawatan
bersajak sudah berpantun lah pulak
kepada umno orang dah jelak
dizaman pak lah pemimpin2nya bijak
tapi sayang kekurangan otak
Post a Comment