Monday, January 26, 2009

SELAMATKAH BAHTERA ?

PANGKAS DEDALU !

Berbza UMNO dengan lain parti
Ahli boleh suara untuk kongsi
Selagi peraturan parti dipatuhi
Yang ikhlas dan hasat dikenali

Masalah sama lain parti hadapi
Ada sahaja dedalu mahu bayangi
Rombakan besaran kena dihalusi
Pangkas dedalu pucuk didahului

Sifat dedalu mudah dikenalpasti
Masuk UMNO terus di atas tinggi
Recikan lumpur hujan tak rasai
Perit akar umbi tidak pun alami

Mulai tenggek, pucuk dijulangi
Buat pucuk pimpinan lupa diri
Suara dedalu sahajalah yakini
Akar umbi di bawah tak peduli

Ketika bahtera UMNO dilayari
Nakhoda dan kelasi bersatuhati
Penumpangnya usah dikhianati
Penumpang setia wajib hormati

Jelas pelabuhan telah dihampiri
Pak lah selaku nakhoda siap diri
Turun di pelabuhan seperti janji
Nakhoda baru, akan mengemudi

Aksi Najib nakhoda baru dinanti
Silapbuat pak lah jangan diulangi
Semua punahsihat jangan yakini
KJ menantu pak lah kena curigai

Jikalau Pemuda si KJ menguasai
Nasib Najib macam pak lah jadi
Punah pak lah akibat KJ dirasai
Selaku dedalu, KJ memanipulasi

serling
[27.01.09]
selasa
……

No comments: