Saturday, January 3, 2009

WASPADA SEBELUM TERKENA!

BILA KACA DIKATA INTAN !

Si anwar adalah insan biasa
Bagai maksum, ramai caya
Atas bijaksana petah berkata
Dulu banduan dalam penjara

Setelah guna semua tatacara
Diaku sah Hukuman penjara
Atas rasuah salahgunakuasa
Nak jadi PM Malaysia segera

Pengikutnya berair di kepala
Daya fikir minda tergendala
Kaca kata intan pun akui jua
Semoga kalian minda terbuka

Gelagat anwar ingin berkuasa
Tiada istilah di lapisan kedua
Ditempat teratas hasrat takhta
Hanya ‘kuasa’ survival segala

Dulu hamba jadi pengikutnya
Petah dan gaya buat terpedaya
Syukur pada Allah sedar hamba
Selamatkan diri terus diperguna

serling
01.01.2009
Khamis
……


Disalin kembali pada 04.01.2009

No comments: