Wednesday, January 21, 2009

PETUNJUK PRK P 036 ?

DEDALU @ LIABILITI
PATUT DIBUANG !

Pembaharuan dan perubahan
Untuk UMNO suara luahkan
Oleh Najib, bakal kehadapan
Ganti pak lah dalam penantian

UMNO berhadapan dilemma
Keras hati segelintir bernama
Anggap dirinya amat berguna
Baru naik, idam ketua pemuda

UMNO bebeza PKR tubuhkan
Sejak 1946, UMNO beraturan
Negeri, bahagian dan cawangan
Kepimpinan pusat mewarnakan

Mendadak KJ lompatan saujana
Tetiba sahaja naib KP dudukinya
Tanpa pak lah, nasib tak kemana
Status menantu melonjak diirinya

Gaya Pak lah dan anwar seakan
Kata depalah ahli parti patuhkan
Harap pak lah tak jauh telanjuran
Nokhtah khidmat dekat sempadan

Undur pak lah usah tangguh masa
Memudahkan najib baiki perkara
UMNO bukan milik pak lah sahaja
Risau ahli, pak lah dan KJ tak rasa

Mantap UMNO, mesti kesepaduan
Dari pucuk ke akar umbi bertautan
Dedalu dan sealiran kena keluarkan
Termasuk KJ janganlah kecualikan

serling
[21.01.09]
rabu
…..
p/s:
- Bukankah Datuk On Jaafar pengasas UMNO tiada keistimewaan ! Kenapa KJ selaku ahli & berjawatan politik setahun jagung mesti dijulang ? Berstatus liabiliti membebankan UMNO dan semua ahli.

1 comment:

add said...

nak berpantun tak reti,
yang menjadi dalang serta duri dalam daging bagi umno ialah Pak lah dan Kj. itu sahaja, bagi ketua pemuda bahagian yang menyokong kj ni sebab kj telah bagi warning agar sokong beliau ,kalau tidak no more project masyuk.... kepada pak lah konon-kononya nak buat lain dari yang lain la,nak tiru gaja TDM konon, pak lah ni sebenarnya kena sedar diri , Kau tu (pak lah ) dulu masa belajo kat um ambil ekonomi tk pas kena tendang tu yang ambil bidang agama/sastera tu,,, pak lah jangan nak berlagak la kau (pak lah ) memang dah lakukan lain dari yang lain, iaitu menjahanamkan ikatan perpaduan kaum yang dilaksanakan oleh PM sebelum ni... sampai kat pak lah ni,, harap dapat "p$p%t" baru je yang lain nya,,,,