TAKZIAH & TAHNIAH !
Dimaklumkan putusan rasmi
Calon PAS disahkan menangi
PRK teraman yang telah lalui
Syabas Wahid Endut mewakili
BN/UMNO muhasabahlah diri
Kalah pribadi kesan pada parti
Menang PAS, sudah kenalpasti
Pengundi PAS rajin mengundi
Telahan TunM sahlah terbukti
Calonkan Wan Farid tak tepati
UMNO K.T seperti lemah nadi
Eloklah Wan Farid undur diri
Selaku MB, Ahmad Said rasai
Tamparan buat diri pengerusi
Pak lah dan KJ masih bayangi
Najib datang pun tak diyakini
Pak lah dan KJ undurlah sekali
Isyarat rakyat KT suruh pergi
Jika Wan Farid jadikan proksi
Pak lah dan KJ tak relevan lagi
serling
[17.01.09]
sabtu
…..
p/s:
- Takziah buat BN dan Tahniah pada PAS!
32,883 PAS
30,252 BN
2,631 majoriti PAS
Saturday, January 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Untuk UMNO boleh hidup dihari mendatang dalam senario politik masakini. seharusnya TDM mesti dibawa masuk kembali kedalam pentadbiran kerajaan untuk mengelak daripada negara digadai oleh DAP dan kuncu-kuncunya...
Post a Comment