Sunday, June 29, 2008

BEBAS TANPA BICARA ?

Syabas buat pengadu berani
Maruah tidak boleh jual beli
Kepada si anwar tabur bakti
Bantu PKR meraih pengundi

Sebaik selepas aduan dibuat
Penyokong PKR rasa digugat
Si anwar dinafikan buat liwat
Belumpun polis selesai siasat

Ugutan bunuh konon dakwaan
Didakwa seminggu sedemikian
Adakah pada polis buat laporan
Dakwaan isteri ada kesangsian

Masih ingatkah lagi cerita reka
Ketika si anwar banduan penjara
Cat baru bilik dikata merbahaya
Si anwar diracun cara bunuh dia

Buat alasan ancam nyawa hadapi
Berlindung dia di kedutaan Turki
Digambarkan polis kita konspirasi
Helah bela diri, dia memanIpulasi

Bersaksikan ke lutut umpamakan
Lagak isteri dan PKR pertahankan
Bagai Rukunnegara dipelekehkan
Kini si pengadu pula persalahkan

Kerja siasatan polis usah diganggu
Demi keadilan anwar dan pengadu
Kerjasama semua pihak amat perlu
Dolak-dalih si anwar buatkan ragu

serling
[30.06.08]
isnin
…..

p/s:
UM;30.06.08:isnin.
“Beri ruang polis siasat - Kes liwat: Usah buat andaian, jangan bagi tekanan – Mohd. Bakri”
Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

KUALA LUMPUR 29 Jun – Semua pihak diminta memberi ruang kepada polis menyiasat secara terperinci dan menyeluruh kes dakwaan liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa sama, polis mengharapkan tiada sebarang andaian dibuat berhubung kes itu sebaliknya menunggu hasil siasatan polis terhadap pengadu dan juga suspek yang berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Zinin pada sidang akhbar di sini hari ini menegaskan, pihaknya tidak memerlukan tekanan mana-mana pihak agar siasatan dijalankan dengan adil dan profesional.

Jelasnya, sebagai agensi penguat kuasa undang-undang yang profesional, pihak polis akan memastikan kedua-dua pihak iaitu pengadu selaku mangsa dan juga suspek mendapat keadilan.

“Kita menjalankan penyiasatan terhadap mangsa dan juga suspek mengikut Kanun Keseksaan tetapi kita perlukan sedikit masa untuk siasatan dan tidak akan mendedahkan maklumat lanjut,” katanya.

Semalam, seorang lelaki berusia 23 tahun membuat laporan di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 5.45 petang mendakwa dia telah diliwat oleh majikannya yang juga seorang pemimpin politik di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lalu.

Kes itu kemudian dirujuk ke Balai Polis Travers.

Ekoran laporannya itu, lelaki berkenaan akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketika dihubungi malam ini, Mohd. Bakri enggan mengulas sama ada pengadu telah menjalani ujian DNA atau sebaliknya.

Mengenai dakwaan Anwar bahawa kes itu satu percubaan menyekat kebangkitan karier politiknya, beliau berkata: “Kita (polis) tidak sebut pun siapa suspek dalam kes ini tetapi kalau dia sendiri (Anwar) fikir dia suspek, dia sepatutnya buat laporan polis tentang perkara itu.

“Buat masa ini, perkara tersebut (kaitan dengan unsur politik) hanyalah satu andaian. Pihak polis pastinya akan menjalankan siasatan dari segala sudut.”

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini memberitahu, setakat ini polis belum bercadang melakukan tangkapan terhadap suspek dalam kes itu sehingga siasatan berhubung dakwaan kes liwat itu selesai.

Sehubungan itu, beliau menafikan khabar angin bahawa Penasihat PKR itu telah ditahan oleh polis awal pagi ini.

“Setakat ini, polis belum tahan Anwar. Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan berhubung kes itu baru bermula,” katanya.

Sementara itu, mulai kira-kira pukul 4 petang ini, lebih 50 penyokong PKR berhimpun di luar pejabat Kedutaan Turki di Jalan U-Tant di sini selepas tersebar berita mengatakan Anwar mendapat perlindungan daripada kedutaan berkenaan.

Polis terpaksa mengerahkan sekumpulan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ke lokasi berkenaan untuk mengawal keadaan. Pejabat kedutaan itu ditutup hari ini kerana cuti umum.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Amir Mohd. Hashim memberitahu, keadaan bagaimanapun terkawal dan penyokong PKR terbabit bersurai kira-kira pukul 6 petang.

Bagaimanapun, sehingga pukul 10 malam ini, beberapa wartawan serta jurugambar dari media tempatan dan asing masih menunggu di luar pejabat Kedutaan Turki untuk mendapatkan perkembangan terbaru.

Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat daripada jawatan Kabinet pada September 1998 kerana dakwaan salah laku seksual dan rasuah.

Anwar menjalani hukuman penjara enam tahun selepas disabitkan kesalahan kerana rasuah. Beliau dibebaskan daripada penjara pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan menolak sabitan tersebut.

Thursday, June 26, 2008

TUNGGU HINGGA PRU 13 ?

Boleh tercatat dalam sejarah
Bila MB PAS perentah Kedah
Hutan tadahan air nak diratah
Semasa pembangkang, bantah

Islam PAS beginilah kita jumpai
Dulu UMNO kawan kafir dimaki
Kerana nak kuasa, jadi halal kini
Dolak-dalih PAS teramatlah keji

Kawan dan lawan rasional ragu
Hasrat MB Kedah terburu-buru
Mimpi RM100 juta itu berhantu
Azizan kata cadangan saja baru

Dulu cara Azizan lahirkan nada
Hasrat Kerajaan Kedah dinyata
Dapat duit sebegitu mudah cara
Nasib rakyat kedah, PAS pekuda

Di Kedah dan negeri PR perentah
Eloklah rakyat berani diri berubah
PRU 13 dikembalikan BN perentah
Tika UMNO/BN tanpa ketua pak lah

serling
[27.06.08]
jumaat
……

Wednesday, June 25, 2008


IKRAR PENIPUAN RAKYAT (PR) HELAIAN SATU ( 1 )


IKRAR PENIPUAN RAKYAT (PR) HELAIAN DUA ( 2 )

PARA PENGUNDI TERTIPU ?

Para pengundi ditipu Pakatan Rakyat
Tiada janji PRU 12 yang mereka buat
Barisan Alternatif diguna untuk pikat
Menang PRU 12, tukar nama selamat

p/s:

-“TAWARAN KAMI SEKIRANYA KAMI TERPILEH DI SELANGOR“ Perjanjian dibuat oleh BARISAN ALTERNATIF bukannya JANJI Pakatan Rakyat


Tuesday, June 24, 2008

Catatan tanggal 24.04.06 dahulu
Hari ini 24.06.08 teringat berlaku
T u n Ghafar mangsa buruk laku
Perbuatan si anwar diingat selalu

p/s:
- Dikongsi kembali “MEMORI DILUKAI” untuk menilai
kerja buruk si anwar sekarang & dahulu lagi !

MEMOIR DILUKAI !
(kisah sedih T u n Ghaffar)


Walau banyak bakti yang beliau beri
Dibicaratuturkan makluman generasi
Lebih berfokus kegembiraan dialami
Jangan mudah lupa saat beliau dilukai

Tahun 1993 lepaskan jawatan menteri
TPM dan Menteri Luar Bandar bersekali
Kerana prinsip setia UMNO dijunjungi
Timbalan presiden si anwar menakluki

Kaedah serangan si anwar diluar tabii
Tun ghaffar dianggap tak berguna lagi
Bagaikan orang tua mesti dinyak pergi
Hebat sungguh kemuslihatan menangi

Tun ghaffar berkempen jelajah negeri
Segelintir berprinsip UMNO mengerti
Tiupan taufan si anwar buat ramai lari
Tangan yang meragut akhir disingkiri

Allah maha adil dan maha mengetahui
Sekelian anggota UMNO wajib insafi
Carakerja si anwar janganlah dituruti
Biarlah itu pertama dan terakhir jadi

“BERSEKUTU-BERSETIA-BERKHIDMAT”

serling
[24.04.06]
isnin
..........

Sunday, June 22, 2008

PAS TELAH BERUBAH ATAU KELIRU ?

DEMI KUASA,
PAS BERUBAH ?

BangBidin kata Pas dah gila
Diikuti mengilakan ahlinya
Amar dengan senarai berjela
Kerjabuat PAS lebih berkata

Nampak bapak3 lebih berani
Ngapakah terbalik kot terjadi
Rupanya PAS termakan budi
Mulut mereka, anwar kunci

Kerajaan Islam sejarah saja
Kerajaan Kebajikan kini pula
Wang anwar sebab ikatkata
Tokok jalan dekat raih kuasa

Dulu UMNO diserang bertalu
Rapat orang kafir tidak perlu
Kena hidung sendiri, baru tau
Kerana babi, ditentang seteru

Tulisan zukiflee bakar ingatkan
1977 Awaludin Darus luahkan
PAS telah berubah tinggalkan
Salahbawa peminpin, ajarkan

Begitu nasib ahli biasa bawah
Bagai ahli UMNO bawah pak lah
Salah kepimpinan, takut bantah
Hanya tersedar apabila musibah

Pada ahli bawah yakin percaya
Sekarang fasa satu acara mula
Orang bukan Islam biar selesa
Gagah kuasa, PAS asal dipaksa

Lupa PAS yang DAP berstrategi
Awal lagi PAS diperangkap rapi
Kepimpinan PAS dapat DAP titi
DAP ratus guni, PAS raih seguni

serling
[23.06.08]
isnin
…..
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6784&mode=flat&order=0&thold=-1

Saturday, June 21, 2008

NASIB SAPP & TDM ?

Cadangan undi tidak percaya
Terhadap pak lah, SAPP suara
Di Dewan Rakyat, dua sahaja
Kecil cili api, gegarkan negara

Kekalutan pak lah amat nyata
MT BN adakan sidang segera
Impak suara SAPP buka mata
Pak lah lesu bukan cerita reka

Hanya cadangan heboh negara
Pembodek pak lah segera terpa
Satu YTL tetiba mahu didakwa
Atas tuduhan rasuah tika kuasa

Gaya tutup mulut, pak lah peraga
Beginikah keadilan mahu agenda
Lawan taukeh, salahlaku didakwa
Kunci mulut, boleh tambah harta

Intergriti keadilankah begini cara
Dapat ex-gratia, TDM jadi mangsa
Terlihat ada habuan sanggup suara
Konon kepada TDM buruk belaka

serling
[22.06.08]
ahad....

http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6782&mode=flat&order=0&thold=-1

Thursday, June 19, 2008

MADU DISEDUT, DITINGALKAN TUBA !

MADU SEDUT,
TINGGAL TUBA !

Kita jangan mudah lupa
Naik turun perkara biasa
Kini pak lah presiden kita
Berjawatan PM ada kuasa

Takutkan kuasa, ikut saja
Hanya jelingan, tahu hala
Lawan taukeh, padah ada
Tidak setuju, jangan suara

Sedemikian tersendiwara
Meeting MT sulit agenda
Pukulan PRU12 luar biasa
Pak lah berlagak tiada apa

Gaya pembangkang ubaya
Lemah pak lah, ruang ada
Kukuhkan PR bina upaya
Tapi pak lah sengaja leka

Pak lah bagai PR menjaga
Najib pula sasaran mangsa
Pebagai serangan diagenda
Ahli UMNO kena waspada

Makin lama pak lah kepala
Satu demi satu datang bala
Alasan pak lah mahu kuasa
Mahu UMNO segar semula

Satu yang pak lah buat lupa
Pak lah segera alihan kuasa
Biarkan najib sentuhan pula
Prinsipnya pun, pak lah rela

Khuatir kalangan ahli biasa
Pabila terlalu purak peranda
Undur pak lah ke luar negara
Kepada najib timpa bencana

serling
[19.06.08]
khamis
......