Monday, January 28, 2019


TERKEJUT ?

Undian PRK P078 kejutan
Menang BN dah jangkakan
Tapi majoriti  mengujakan
Hakikat itulah kenyataan

PRU14  2018 tak lupa
Matlamat halal diguna
Pada Najib diumpat nista
Janji palsu ramai percaya

Kira-kira lapan bulan lalui
Tun M Perdana Menteri
Tapi DAP yang menguasai
YB DAP yang bermajoriti

Rakyat dah serik dikencingi
PTPTN dan Tol menghantui
Harga minyak beza janji
PH perlu muhasabah diri

Tun M dalam dan luar negeri
Fokus hal rasuah PH perangi
Bicara Kes rasuah LGE dihenti
Walau sesi bicara sedang adili

Macam daif benar negara ini
LGE bagaikan Bendahari
Bukti DAP memang kepalai
Bagaikan kes rasuah tutupi

Isyarat PRK P078 jelas nyata
PH cakap dan buat amat beza
Walau sepenggal kena rasa
Lepas PRU15 tukarkan pula


26.01.2019
Sabtu.

Monday, December 31, 2018


TAHUN BARU 2019

Tahun baru 2019 masehi
Esok Selasa pasti dimulai
Laluan tahun 2018 ingati
Laluan seterus tidak pasti

PRU14 dilaksanakan 9 Mei
Bertukar kerajaan terjadi
BN gagal untuk kekal lagi
Giliran PH pula menguasai

 DAP, PKR, PAN & Bersatu
Kompenan PH sehati setuju
Perintah Malaysia halatuju
Belum  setahun memandu

Bijak puak PH ngatur strategi
Pada BN / UMNO pupuk benci
Najib digambar buruk sekali
Berbagai kelunakan dijanji

Kabarnya TunM tunai janji
Sampai masa undurkan diri
Tunggu dan lihat bakal jadi
Apakah ‘U-Turn’  diketemui

Serling
31.12.2018
Isnin

Wednesday, June 28, 2017

MENJELANG PRU14 – KISAH SATU

MENJELANG PRU14 – KISAH SATU
(DEMI KUASA BOLEH SAJA)

DAH ENAM BULAN RIHAT DIRI
ADA RUANG LEPAS AIDILFITRI
ZAHIRKAN TERKILAN DI HATI
POLITIK NEGARA KETIKA INI

PRU13 TUNTUTAN DEMOKRASI
MANDAT KEPADA BN DIRAKAMI
PERINTAH MALAYSIA DIPERAKUI
PEMBANGKANG BENGKAK HATI

AKSI PEMBANGKANG DIINGATI
SEBELUM PRU13 MENJAJA DIRI
DAKWA BN AKAN TEWAS NANTI
TAPI BN KEKALKAN KUASA LAGI

SABAH & SERAWAK  BN KUASAI
DI KELANTAN KEKAL PAS MILIKI
P.PINANG BAWAH DAP TERAJUI
SELANGOR PULA PKR KEPALAI

SETELAH PAS MUHASABAH DIRI
DARIPADA PAKATAN DIA JAUHI
YANG KELUAR PAS, PAN MASUKI
PAN DIKUASAI DAP AMAT PASTI

PPBM @ MUIP IKUT TONJOL DIRI
BEKAS2 TOKOH UMNO KEPALAI
TSMY, MUKRIZ & TUNM DEPANI
BARISAN PEMBANGKANG SERTAI

PALING BONGSU USIA PPBM INI
TETAPI PAKATAN NAK DIKETUAI
TAK SENANG DAP, LGE MAKLUMI
TUNGGU PERKEMBANGAN JADI

serling
28.06.2017

(rabu)

Monday, December 19, 2016

SEBALIK BAIK HATI ?

SEBALIK BAIK HATI ?
(UDANG SEBALIK BATU?)

PKR SEDIA SERAH KERUSI
KENYATAAN SI AZMIN ALI
LEBIH PADA SELAMAT DIRI
SENARIO PKR KENA LALUI

PADA POSISI KEDUA PARTI
PUNYA PENYOKONG JATI
TIKA ANWAR DI PENJARA LAGI
PRESIDEN KURANG FUNGSI

MENJELANG PRU14 NANTI
CATURAN PERLU JAGA DIRI
PADA ANWAR HUTANG BUDI
AURA MUHYIDIN DIA DEKATI

DEMI USAHA ANGKAT DIRI
PARTI BARU PERLU DIGULAI
TAHUN 1999 BELIAU INGATI
PAS SELANGOR DIJULANGI

HAKIKAT BUKAN SEMBUNYI
DALAM PRU14 AKAN JADI
KESAN PKR TADBIR NEGERI
DUN PKR BERISIKO TANDINGI

DUN MAJORITI MELAYU PASTI
UTUK PARTI TUN M PENGERUSI
DUN SELAMAT PKR TANDINGI
MUDAH AZMIN PERKUAT DIRI

TUN M TERPAKSA MENGAKURI
IHSAN AZMI @ PKR BERDURI
SERAMPANG DUA MATA AKSI
HALUS TOLAK MUSUH SEPARTI

MENJELANG PRU14 TUNGGUI
BANYAK LUAR JANGKA DITEMUI
PARTI YANG LEKA PADAHDIRI
RELEVAN DAN AKTIF STRATEGI

serling
(20.12.2016)
selasa ...

Displaying 2016-12-20 09.47.14_resized.jpg

DISEBALIK BAIK HATI?

DISEBALIK BAIK HATI ?
(UDANG DISEBALIK BATU?)

PKR SEDIA SERAH KERUSI
HIDANGAN SINAR HARI INI
PANCHINGAN SI AZMIN ALI
ADAKAH IKHLAS DI HATI

DUA KEMUNGKINAN TEMUI
ADAKAH TUN M PUAS HATI
BAKAL AGIHAN DIHIDANGI
BUAT PARTI BELIAU TERAJUI

TOLONG MENOLONG FUNGSI
RUANG BUAT TUN M SEPARTI
DALAM PRU14 BAKAL LALUI
KERUSI SELAMATKAH DIBERI

BAGI TUN M SERTA SEPARTI
APA DIAGIH KENALAH AKURI
TANGAN AZMIN AMAT SAKTI
MUSUH SEPARTI KUIS KE TEPI

BIJAK AZMIN UARKAN KINI
INGIN LIHAT REAKSI SEPARTI
JUGA RESPON TUN M REAKSI
TERIMA SEADANYA TERPASTI

LUPA TUN M DAN SEPARTI
STATUS PERDANA MENTERI
BELIAU SUDAH TAK MILIKI
 'MANTAN' SAHAJA HAKIKI

CATURAN AZMIN JIKA JADI
NAFAS POLITIK DENYUT LAGI
GANTI ANWAR SEGERA CARI
DALAM PENJARA LEMAH AKSI

JIKA BENAR PKR GAGAH DIRI
TAK PERLU PAKATAN FUNGSI
HAKIKAT DAP MEMBANYANGI
ARAHAN DAPKAH MEWARNAI

serling
(20.12.2016)
selasa
......
Displaying 2016-12-20 09.47.14_resized.jpg

Friday, October 28, 2016

PERLUKAH TEMBERANG ?

PERLUKAH TEMBERANG ?
(TAKUTKAH KEBENARAN?)

PAPARAN AKHBAR KEADILAN TERKINI
RESPON KEPADA YANG NAJIB  ZAHIRI
BENTANGAN BAJET 2017 DIMAKLUMI
DITUDUH ‘BAJET  TEMBERANG’ JAJAI

HAKIKAT SEBENAR PERKARA TERJADI
PUAK PEMBANGKANG SUKAR CAYAI
BIJAKSANA NAJIB DAPAT MENGATASI
GAGAL MEMALUKAN NAJIB DITUTUPI

KECUALI PEMBANGKANG TAK PEDULI
RAKYAT DAN BERKEPENTINGAN DEKATI
PANDANGAN SEMUA PIHAK DENGARI
TERSERLAH FORMULA BAJET APLIKASI

BEZA SARANAN BAJET MEREKA ZAHIRI
RAKYAT TIDAK MEREKA AJAK RUNDINGI
KEPENTINGAN PUAK MEREKA LINDUNGI
TIDAK DIKISAHKAN RAKYAT MAJORITI

AMAT MEMALUKAN MELIHAT SENDIRI
KETIKA BENTANGAN BAJET BUAT RASMI
DIBENTANGKAN NAJIB SAMBIL BERDIRI
KURANG ADAB KELUAR DEWAN PAMERI

AMALAN TEMBERANG PKR MENJUARI
SESAMA GENG PEMBANGKANG SERASI
KONON ATAS KEBEBASAN DEMOKRASI
SEWAJARNYA RAKYAT BIJAK JUSTIFIKASI

Serling
28.10.2016

(jumaat)