Monday, March 28, 2011

KANCIL BUNTU ?

KANCIL VERSI BARU ?

Akal si kancil jadi buntu
Bila agas serang bertalu
Agas gigit semahu-mahu
Diam si kancil membatu

Dilihat agas jaya menangi
Binatang lain insaflah diri
Bijak kancil boleh tandingi
Lemah kancil dimanipulasi

Di negeri kancil mendiami
Corak pemeritah demokrasi
Terbagi rakyat ikut idiologi
Bergabung depa ikut serasi

Tampuk negara,BN kuasai
Semua negeri BN diyakini
Kecuali empat buah negeri
Puak PR yang tadbir negeri

Kisah urustadbir PR warnai
Berjaya si kancil tonjol diri
Roket dan Bulan persetujui
Kepalai PR diisytihar rasmi

Capaian si kancil tertinggi
Timbalan Perdana Menteri
Buruklaku kancil dikesani
Jawatan dipegang diguguri

Dua kes yang kancil hadapi
Kes liwatnya teramat sensai
Sedozen peguamnya sehati
Menang kancil,muka berseri

Konon karisma kancil miliki
Dengan lebel Islam mebaluti
Banyak cedik pandai mangsai
Begitulah juga para pengundi

Si kancil bagaikan terlupa diri
Tanggal 16.09.2008 dendangi
Dakwa bakal Perdana menteri
Itulah pembohongan tertinggi

Hutang janji PRU12 dinanti
Supaya rakyat tak mengingati
Bebagai isu puak PR melagui
Pengundi tetap menagih janji

Andai usia tubuh kita perhati
Parti si kancil termuda sekali
Bulan dan Roket terlama lagi
Bijak kancil meposisikan diri

16.04.2011 bersamalah saksi
Hajat PKR amat besar sekali
Negeri Sarawak ingin kuasai
Diagih PKR terbanyak kerusi

Tapi SNAP rasa tak puas hati
Di sarawak sejak dahulu lagi
Mudahnya PKR mahu merajai
Dinasti Raja Brooke diingati

Tika kes liwat kedua diadili
Masalah DNA rungkai kini
Terdedah hal Video misteri
Senang teka kancil beraksi

Pengundi Sarawak peringati
Persilatan kancil patut awasi
Jadilah “agas” kawal negeri
Parti diketuai kancil hindari

“Tukar yang baru” dendangi
Minda pengundi ingin kaburi
Macam pilih suami atau isteri
Istilah cubaan memakan diri

Dengan otak yang Allah beri
Muslihat si kancil usah cayai
Banyak YB dan ahli jauh diri
Demi Serawak bijaklah undi

Buat si kancil generasi baru
Ikhtibarlah sejarah terdahulu
Teknologi terkini diketemu
Dalam bilik pun mudah tahu

serling
[28.03.2011]
isnin
…..

Tuesday, March 22, 2011

LEBIH BUNCIT ?

LELAKI MISTERI ?

Perut lebih buncit si lelaki
Komen anwar sebagai nafi
Bukan beliau berbuat aksi
Lemahnya hujah bela diri

Digayakan sambil berdiri
Yang arif sukar dikelaburi
Yang dijaja perut hari ini
Tapi video, sebulan dului

Amal orang Islam majoriti
Bulan Ramadhan siang hari
Perut mengecil biasa alami
Hujah anwar memakan diri

Bicara kes liwat kedua adili
Elakkan sampel DNA diberi
Sumpah laknat tidak berani
Nik aziz bela, anwar berseri

Lebih yakin komen zulkifli
Tinggalkan PKR amat tepati
Semoga tiada lagi teka-teki
Segera dedah hal sembunyi

DUN Serawak bubar rasmi
Bakal ada pilihanraya hadapi
Hajat PKR nak tawan negeri
Biarkan PKR dilamun mimpi

Jangan perjudi nasib sendiri
Lima tahun terpaksa dialami
Negri pakatan, lemah prestasi
Kekal BN terbaik buat diundi

serling
[22.03.2011]
selasa
…....
-UM:22.03.2011:selasa:
“Rakaman aksi seks di bilik hotel – Bukan saya – Anwar”
-SinarHarian:22.03.2011:selasa:
“PERUT LEBIH BUNCIT -Anwar nafi beliau laki dalam video seks.”
“Video durati 20 minit sukar dipalsukan - Yusry”

Sunday, March 20, 2011

PUCUK DICITA ?

BERJAYAKAH AGENDA ?

Buat-buat helah hal biasa
Itulah kepakaran amerika
Helah campurtangan jaja
Seret negara lain ikutserta

Guna helah senjata bahaya
Negara Iraq jaya tewasnya
Sadam husain hilang daya
Digantung mati akhirannya

Diakui pakar antarabangsa
Tidak jumpa senjata bahaya
Tak boleh putar sejarah pula
Tiada sadam, berkocak juga

Konon al Qaeda dijejaknya
Di afghanistan dicayai ada
Kekuatan Taliban tak suka
Bin laden tetap tak jumpa

Walaupun gajah depan mata
Kuman jauh ternampak juga
Kerana gajah itu rakan setia
Begitulah israel diumpama

Sejarah di mesir dan tunisia
Arah baru pentadbiran negara
Konon lama benar jadi ketua
Negara arab lain kena bahana

Bahrin dan libya macam sama
Sebahagian rakyat pamer gaya
Pada ketua sedia ada, tak suka
Layanan amerika ketara beza

Ketua bahrin ditolong jirannya
Tentera dan polis bantuan ada
Penentang tertumpas akhirnya
Muslihat amerika ikut agenda

Kerana ghadafi, kurang disuka
Bila anti ghadafi tunjuk muka
Terbentang ruang buat amerika
Kaedah serang Iraq jurus gaya

Amerika bagaikan ketar kepala
Terkesan ghadafi terus berkuasa
Penentang ghadafi perlu dibela
Majlis Keselamatan PBB guna

Macam di Iraq, helah kena ada
Nyawa orang awam berbahaya
Dengan berkecuali lima negara
Puak sokong amerika gembira

Nukilan ingatan pada semua
Musuhi amerika amat bahaya
Tunduk padanya akan dikuda
Pemimpin bijak berwaspada

serling
[20.03.11]
ahad
...

Monday, March 14, 2011

APA DITAKUTI ?

TAKUT KERANA BENAR ?

Hajat jadi perdana menteri
Tika hanya selangkah lagi
Dengan sepenuh yakin diri
Takdir Allah, hajat halangi

Daripada UMNO disingkiri
Timbalan PM pun diguguri
Di mahkamah beliau diadili
Kes liwat pertama, lepas diri

Masa penghakiman maklumi
Faktor teknikal, selamat diri
Dalam kes liwat kedua kini
Bagai strategi lama diulangi

Pengalaman penjara dialami
Rasuah salahguna kuasa aksi
Penjara Sungai Buluh saksi
YB ganti tapak dengan isteri

Habis edah, PRK ditandingi
Almaklum kawasan sendiri
Kerna konon karisma miliki
Dapatlah majoriti pengundi

Hakikat isteri presiden parti
Tapi PKR, beliaulah kepalai
Perlembagaan parti tak metri
Para pemimpin dan ahli akui

Bagai bengkak, nanah diisi
Sampai masa pecah sendiri
Ada YB dan ahli menjauhi
Beliau dan PKR disisih kini

Penyokong tegarnya dijagai
Sapa keluar parti kata dibeli
Juga dilebel parti tak ingini
Hingga bila rakyat dikaburi

Keadilan dasar juang parti
Beza beliau mengapplikasi
Bila kes liwat kedua hadapi
Muak kita kerenah dia aksi

Syukurlah bicara kes lalui
Gagal usaha beliau halangi
Kesabaran saiful serlah kini
Berdoa di Mekah itu realiti

Ada demonstrasi sana-sini
Kerjasama anwar ditunggui
Keadilan anwar-saiful selari
Serahkan DNA prihal mesti

Kata-kata orang dulu hayati
Sepandai tupai jatuh ke bumi
Walau kancil selalu menangi
Gara-gara agas, buntu alami

serling
[15.03.11]
selasa
…...

UM:14.03.11:Isnin:
“DNA: Ramai desak Anwar”

Saturday, March 12, 2011

APA DAN SIAPA ?

GELAGAT MB/KM PAKATAN ?

Abdul khalid bawa inovasi
Lanti ahli majlis PBT baiki
Lulus kuiz disambung lagi
Cara abdul khalid kukuh diri

Begitu MB selangor berperi
Pengalaman bisnesnya ikuti
Mudah tunduk empunya diri
Lawan taukeh, pendek razeki

Di pulau Pinang LGE gegari
Konon pelaburan, dipelopori
Hakikat usaha BN dulu realiti
Tujuan sambutan angkat diri

Di kedah, parti Pas melaungi
Lapan puluh peratus dikecapi
Tanpa disebut senarai perinci
Cabaran mukhriz patut layani

Di kelantan pula nik aziz aksi
Prihal pasar tok guru dihantui
Para peniaga, nik aziz marahi
Angkat anuar tan sangat tinggi

Ciri nik aziz sejak dahulu lagi
Yang disokongnya amat kasihi
Bagaikan insan maksum layani
Muslihat politik perkukuh diri

Mereka sama di negeri kuasai
Janji PRU 12 masih ditunggui
Banyak helah tutup lemah diri
Usahlah tertipu PRU 13 nanti

serling
[13.03.11]
ahad
…...
p/s:
BHOnline:12.03.11:sabtu:
“Ahli Majlis PBT Selangor akan diberi kuiz sebelum dilantik semula: Abdul Khalid”

Sunday, March 6, 2011

BELUM MENANG LAGI ?

ELAK LEBEL KALAH ?

Demikian pilihan pengundi
Kepada calon BN percayai
Syabas semua libatkan diri
Dengan tokok majoriti undi

Dalam PRU12, BN merasai
Tsunami politik cemas parti
Nampak mulai sembuh kini
Berkat sabar muhasabah diri

Makin PRU13 menghampiri
Lawan BN menyedari hakiki
Pada BN lebih tingkat minati
Pihak lawan BN telah kesani

Kerdau dan merlimau pameri
Tingkat lebih seribu majoriti
Kepercayaan pada BN tinggi
Jangan pula BN terlupa diri

Teramat pelek dan hairan hati
Jumalah undi rosak yang jajai
Tidak munasabah boleh terjadi
Bukan para pengundi Pas pasti

Buat postmortem ngapa terjadi
Pusat undian manakah rakami
Bukan susah untuk kenalpasti
Mereka bersifat pentingkan diri

Kalau undi rosak tidak dipeduli
Talam dua muka makin berani
Tonjol diri pada pembesar parti
Duri dalam daging tusukan jadi

PRU13 pasti akan kita hadapi
Usah BN leka atau syok sendiri
Tsunami PRU 12 wajib diingati
InsyaAllah BN pilihan pengundi

Timbalan presiden Pas menzahiri
Istilah “kalah” tidak menghantui
“Pas belum menang lagi” dilagui
Lembut kata-kata perangkap ahli

Kepada ahli Pas mainkan emosi
Halatuju “Islam Pas” tetap obori
Kepada rakan pakatan, lain tari
Sedemikian Pas aturkan strategi

Gerakerja cara Pas usah jejaki
Cara BN, dulu Perikatan akuri
Semua rakyat wajiblah dijagai
“Satu Malaysia” patut realisasi

serling
[06.03.2011]
ahad
….
p/s:

UNTUK REKOD PRK 06.03.2011:
N.28 -DUN KERDAU, PAHANG.
Calon BN : Syed Ibrahim Syed Ahmad - 5,060 (dulu : 4,135 undi) - PEMENANG
Calon Pas : Hassanuddin Salim – 2,336 (dulu: 2,520 undi)
Majoriti : 2,724 ( dulu : 1,615)
Peratus Undi : 83 %
Undi Rosak : 90 ( dulu: 122 undi)

N.27 -DUN MERLIMAU, MELAKA
Calon BN : Roslan Ahmad - 5,962 (dulu: 4,981 undi) - PEMENANG
Calon Pas : Yuhaizad Abdullah – 2,319 (dulu: 2,827 undi)
Majoriti : 3,643 ( dulu : 2,154)
Peratus Undi : 79 %
Undi Rosak : 135 (dulu: 149 undi)

Wednesday, March 2, 2011

LANJUT LAGI ?

SETAKAT 10 HARI SAJA ?

Berita terbaik maklumi
Tokok sepuluh hari lagi
Begitu Hisham berperi
Pesalah trafik lega hati

Yang marah, sejuk kini
Jangan pula legah lagi
Saat terakhir usah nanti
17 juta saman yang baki

Trafik jam talian ditakuti
Kelembapan proses jadi
17 juta dibahagi 10 hari
1.7 juta sehari dikendali

Terima kasih ruang beri
Tugas pesalah manfaati
Pasti tiada lanjutan lagi
Rekod terhutang hantui

Beri betis, peha diingini
Segelintir manusia hajati
Dilanjutkah tempoh beri
Eloklah dasarkan situasi

serling
[02.03.2011]
rabu
….
p/s:
BHOnline:02.03.2011:rabu:
“Tempoh diskaun bayaran kompaun trafik dilanjut 10 Mac”