Monday, June 14, 2010

TUTUP MULUT ?

KAEDAH KUNCI RAHSIA ?

Sekat kebebasan bersuara
Tutup mulut serta telinga
Kaedah lama kekal kuasa
Relevankah terus diguna

Akhbar BM lapor berita
Perwakilan Pahang kena
Amirrulan Manaf mangsa
Kenyataannya dipersenda

Pas tiru UMNO didakwa
Ciplak perlembagaan gaya
Beberapa fasal dedahnya
Cuma tambah Islam beza

Katanya agar Pas perkasa
Kaedah beza banding guna
Terbaik kaedah zahir kata
Mudah faham maksudnya

Pengerusi sidang berkuasa
Hussin Ismail sekat suara
Tarik balik hujah terpaksa
Amirrulan Manaf ikut aja

Relevan wakil Pahang jaja
Sejarah tubuh Pas buktinya
Bekas ahli UMNO penaja
Tidak Islam UMNO dikata

Agak tersirat buat waspada
Takut terserlah sejarah lama
Pas serpihan UMNO nyata
Tapi Pas tak senang dikata

Bayangkan jadi sebaliknya
Andai tidak sekat bersuara
Hebat perbahasan jadinya
Pasti wujud pro dan kontra

Begitu demokrasi Pas caya
Beza pendapat sekat segera
Suara atasan ditelan semua
Bahaya jika perintah negara

Buat perhatian orang muda
Hak demokrasi wajib guna
Aksi tutup mulut berbahaya
Mudahkan ahli parti dikuda

serling
15.06.2010
selasa
......

p/s:
BM:13.06.10:ahad;
“Tarik balik tuduhan Perlembagaan diciplak”

1 comment:

tolong bumiku said...

top bgt dech.........bagus bgt, siapa ya yg buat ini?...boleh tukar fikiran ga?..klo tulisan yg aku buat tentang pemberontakan untuk menyelamatkan alam....