Sunday, June 27, 2010

TUNGGU MASA ?

TEPATKAH TELAHAN ?

Berkuatkuasa serta-merta
Presiden PKR uar perkara
Tentu penasihatnya suara
Selaku isteri patuhi segala

Azmin Ali ambil alih kuasa
PKR Selangor, dia nakhoda
Ganti Khalid Ibrahim minta
Wan azizah buat sendiwara

Lapor khalid Ibrahim suara
Kata jadi MB banyak kerja
Urus parti tak cukup masa
Silap mata PKR kita biasa

Bukanlah perkara rahsia
Kisah di Pulau Pinang jaja
Timbalan KM, PKR punya
Mansur Othman berkuasa

Mohd fairus sebelumnya
Letak jawatan alasan jaja
Sambung studi skrip kata
Begitulah aksi paksa rela

Khalid Ibrahim tidak beza
Ubahsuai skrip faham kita
Konon amat banyak kerja
Ungkapan tidak patut ada

Anwar amat bijak agenda
PKR bermasalah tidak reda
Di P.Pinang, fairus mangsa
Khalid Ibrahim nanti masa

Selaku MB Selangor kuasa
Penasihat ekonomi dicipta
Dapat anwar jalan agenda
Pastilah anwar yang minta

MB Selangor tunggu masa
Dengan pengakuan dikata
Tak mampu jalankan kerja
Cerah laluan azmin ali hala

Lemah khalid Ibrahim nyata
Urus parti ala koperat gaya
Unsur mesra ahli jelas tiada
Bahagiannya sendiri dilupa

Hanya kita tidak tahu bila
Tak perlu ada pilihanraya
ADUN bukit antarabangsa
Tepatkah telahan perkata

serling
[27.06.2010]
ahad
………
p/s:
BERNAMA.COM: 27 Jun, 2010 21:52 PM
“Azmin Dilantik Pengerusi PKR Selangor, Zaid Ibrahim Ketuai Wilayah Persekutuan”

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor manakala Datuk Zaid Ibrahim dilantik meneraju MPN Wilayah Persekutuan, berkuatkuasa serta-merta.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika membuat kenyataan itu hari ini berkata pelantikan Mohamed Azmin adalah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor.

"(Tindakan) ini setelah dipohon oleh Tan Sri yang mahu menumpukan tenaga beliau kepada pentadbiran negeri Selangor berkuatkuasa serta-merta," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR, di sini Ahad.

Sebelum ini Mohamed Azmin mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Abdul Khalid yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut menafikan tindakannya berundur daripada mengetuai PKR Selangor disebabkan tekanan daripada pihak tertentu seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Sebaliknya, kata beliau aktviti pentadbiran negeri telah membataskan masanya untuk memberi tumpuan kepada usaha-usaha memantapkan parti itu.

"Saya ada banyak kerja. Saya memang banyak aktiviti seperti pelaburan yang saya kena lakukan dan saya akan mengambil alih operasi air di Selangor dan saya ada projek pembersihan Sungai Klang yang perlu menggemblengkan modal pelaburan di dalam dan luar negara.

"Boleh jadi pengalaman saya daripada segi politik tidak berapa ada juga, tetapi untuk menumpukan kepada pelaburan itu adalah usaha penting untuk kejayaan parti dan parti berpendapat saya ada pengalaman (dalam bidang ekonomi)," katanya.

Abdul Khalid berkata di atas faktor itulah beliau mencadangkan kepada pucuk pimpinan untuk memberi peluang kepada orang lain meneraju PKR Selangor bagi memastikan negeri tersebut kekal dikuasai PKR dan pakatan pembangkang.

"Saya serahkan kepada Presiden untuk menamakan mereka (penggantinya) supaya kita dapat teruskan usaha ini," katanya.

Abdul Khalid dan Mohamed Azmin menjadi tumpuan selepas timbulnya desas-desus mengatakan wujud gerakan daripada sekumpulan puak di dalam PKR Selangor yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Abdul Khalid.

Kumpulan itu juga dikatakan mahu mendesak Abdul Khalid agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.

-- BERNAMA

No comments: