ARIGATO PAK SHEIKH…?
Geletek mencetus geli
Lisan atau sentuh jadi
Geli tindakbalas emosi
Si pelaku zahirkan aksi
Ungkap halus kasi geli
Buat geletek tak kecuali
Para wartawan ditakuti
Bila kena hidung sendiri
Tiada jawapan menepati
Soalan mudah tak layani
Sapa bertanya kena perli
Lebel penanya kena beli
Tulis Roslan Bian kongsi
Agendadaily punca dapati
Arigato Pak Sheikh… jajai
Ulasan hamba gaya puisi
Bukan suatu rahsia lagi
Ada YB PKR keluar parti
Anggota bebas gelar diri
Tuduh rasuah 2 juta beri
Bila wartawan RTM tanyai
Bilakah bukti dakwaan beri
Bukan jawapan anwar beri
Pelekeh wartawan terjadi
Pusing sana ,pusing sini
Putar belit anwar warnai
Titian bohongnya ingati
Sejak belajar di universiti
Insan mati dimanipulasi
Di Baling letaknya lokasi
Dakwa kebulur buat mati
Pada kerajaan hala benci
16.09.2008 wajar ingati
Hebahan anwar sana sini
30 YB BN melompat parti
Beliaulah PM baru kepalai
Hampir dua tahun melalui
Rancangan anwar tak jadi
PKR kini berkurang kerusi
Di dalam P R, DAP majoriti
Ketua pembangkang kuasai
Ikhsan DAP muslihat tinggi
Bagus DAP luaran diperhati
Pas dan PKR, DAP pancingi
Ketua pembohong dinamai
Oleh YB zaharin mengelari
Tampak menjurus menepati
Tetapi anwar pekakkan diri
Gitu lakonan profil tinggi
Dilagak betul tapi bohongi
Kesan YB PKR lompat parti
Bohong anwar sukar dinafi
Kecuali buta mata dan hati
Dengan satu persatu bukti
Hindari anwar terbaik aksi
PM Mat Jenin tepat namai
Islam sejati dulu imej diri
Gambar luaran pertontoni
Tertarik daku tidak kecuali
Syukurlah celek akal kini
Lihat yang anwar pameri
Memilih wartawan senangi
Wartawan muda digorengi
Arigato Pak Sheikh…jauhi
serling
[22.06.2010]
selasa
……
p/s:
AGENDADAILY:19.06.2010:AHAD
“Arigato Pak Sheikh…” Oleh: ROSLAN BIAN
Tuesday, June 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment