Sunday, May 31, 2009

ROSOT KINI ?

PKR MULA MALAP !

Pada PRU12, Fairuz menangi
Dapat mengumpul 7,346 undi
PKR diisytihar menang kerusi
Fairus Timbalan ketua menteri

Panas punggung di atas kerusi
Arahan pucuk PKR dia patuhi
Berusahalah PKR mewayangi
Konon Fairus ingin belajar lagi

Hari ini 31 Mei 2009 merakami
Tanpa calon BN, PKR menangi
Mansor ganti fairus disah rasmi
46 % paling sikit sudi mengundi

Mansor dapat 6,052 menyetujui
Kurang 1,294 dari fairus dapati
Pukulan buat PR oleh pengundi
Jelas pengaruh anwar rosot kini

serling
[31.05.09]
ahad
….
BERNAM.COM:31.05.09:ahad:
“Mansor Bersyukur Menang DUN Penanti”

3 comments:

BENGAH @ SERLING said...

Tanggal 16.09.2008 tak jadi
Sedangkan sedunia maklumi
Konon jadi perdana menteri
Karenah dibuat tutup aib diri

Harumkan PR niat di Penanti
Muslihat si anwar digemburi
Bijak najib, pintas busuk hati
Muafakat BN tidak tandingi

1,294 bukan tidak sikit undi
Banding 7,346 fairus dapati
Sosotan anwar sukar yakini
Itulah hasil tangan pengundi

Pimpinan UMNO/BN sedari
Jangan amal melupakan janji
Itulah balasan PKR perolehi
Bohongi rakyat usah fotokopi

merandok said...

najib pandai serba tahu
rakyat kasih juga rindu
korban diri tak tahu lesu
tiada dia bersedih melayu

PKFZ itu kecik anak punya hal
besar lagi DSAI punya skandal
depan belakang pun dia bedal
memang perangai orang gatal

hebat najib tak semua sedar
dia sengaja tak mahu war-war
rendah diri tak cakap besar
orang tawaduk jiwa berkobar

7 bilion itu bukannya banyak
saja limkitsiang nak jual minyak
takder lain kerja buat senak
nak buat port bukannya semak

pembangkang cuma ganggu
akal tak tinggi lagi dungu
semua salah tak ada bantu
najib budiman taktau tipu

500juta komisen memang patut
saja nak bising saja nak melalut
haji hadi pikir pakai kepala lutut
beli teknologi bukan mesin rumput

najib beriman insan soleh
islam dihina dia sangat sedih
salah seleweng dia menoleh
banteras maksiat taktau letih

helikopter mahal apa nak dikisah
najib pengasih bukannya rasuah
limguaneng janganlah cepat latah
barang yang baik bukannya murah

utusan malaysia kitab melayu
lancar lidah tak pernahnya kelu
jadi panduan sejak zaman dulu
akhbar lain semuanya menipu

tuduhan bunuh najib tak jawab
tak perlu, dia dah sumpah kitab
orang lain jangan banyak cakap
najib makhsum bukan buluh kasap

najib PM dah disokong semua
berjuta ahli umno jadi saksinya
pembangkang tahunya curiga
tak puas hati nak pilihanraya

undi-undi ni najib tak hairan
itu orang biasa punya mainan
dia kan turunan bangsawan
mana sama rakyat bawahan

Umno Malaysia said...

hebat la korang... leh mix pantun dgn politic huhu

teruskan berusaha!

umno-malaysia.blogspot.com