Friday, May 29, 2009

KASIH DAN BENCI !

NASIB DUA INDIVIDU !

Perasaan kasih dan benci
Insan yang normal miliki
Berlawanan makna emosi
Bagai langit dengan bumi

Hilang kasih timbul benci
Sebegitulah lumrah warnai
Fokus khas buat punya diri
Cakap-buat individu wakili

Tanggal 29 Mei peringati
Nama P.Ramlee mewangi
Seluruh rakyat mengakui
Dari puncak ke akarumbi

Walau P.Ramlee tiada lagi
Kebolehannya jadi inspirasi
Ketokohan beliau diperakui
Hingga kini tiada pengganti

16 Sept. 2008 juga diingati
Tarikh pembohongan bukti
Kata PR kuasai, BN diganti
Penasihat PR salah strategi

Salah strategi memakan diri
Perak dikuasai BN sah kini
Contoh kasih bertukar benci
Daripada PR, 3 ADUN lari

Anwar rasa masih dikasihi
Mana pergi ada menunggui
Agaknya anwar tidak sedari
Penyokong setia susut kini

Peranan rasa kasih dan benci
Pada P.Ramlee rakyat kasihi
Malang anwar menghadapi
Dikasihi penyokong sendiri

serling
[30.05.09]
sabtu
….

2 comments:

merandok said...

mata buta dikabur benci
kasih tiada di dalam hati
kebenaran tak lagi dicari
nak puaskan nafsu sendiri

duit berbilion tiada cukupi
nak lagi boleh ditambahi
apa nak kisah akan MACC
semuanya pun makan gaji

dana awam jadi tabung diri
boleh diseluk sesuka-hari
hampas kata lupakan janji
rakyat tak perlu dipeduli

melayu senang digula-guli
murah maruah boleh dibeli
cukup dengan slogan diberi
sampai tahun dapatlah undi

antijk said...

Kisah seorang lagi al juburi di http://jamilismail.blogspot.com dan di http://jamilkucingpondan.blogspot.com