Thursday, May 14, 2009

BILA SUHAKAM SUMBANG !

BUBAR DUN BUKAN TERBAIK !

Politik Rempit, PR mewarnai
Permainkan makna demokrasi
Banyak orang jaya pengaruhi
Ikut serta berstatus pengerusi

Dari SUHAKAM nada bunyi
Kemelut DUN Perak diatasi
Serah pada rakyat mengundi
Bubar DUN Perak menepati

Sepatut SUHAKAM kecuali
Tidak terikut cara PR ingini
ADUN sedia ada sah diundi
PRU 12 baru setahun dilalui

Ngapa SUHAKAM sebegini
Gelagat PR tidak pula teguri
Hanya PR jadi pihak minoriti
Demikian saran cara perbaiki

Wajar TS A.Talib Osman ingati
Gelagat PR hanya utama diri
Dulu kreteria diguna majoriti
Bila PR minoriti, lain dibunyi

Majlis SUHAKM saya hadiri
Objektif penubuhannya murni
Pasti tegakkan hak demokrasi
Ngapa kes DUN Perak kecuali

Imbau tarikh 16.09.08 dilagui
Konon BN segera ditumbangi
Diandai kaedah sama applikasi
Salakan si anwar patut halangi

Wajar TS A.Talib Osman juarai
Pada si anwar dan PR nasihati
ADUN pilihan rakyat sah lagi
Pihak majoriti wajib dihormati

TS A.Talib Osman, rakyat perhati
SUHAKAM sumbang amat dikesali
Seolah memilih untuk sokongi
Bubar DUN Perak tidak tepati

Pada SUHAKAM masih yakini
Tersasul satu luahan saya maafi
Tapi jangan diulang begini lagi
Objektif SUHAKAM kena taati

serling
[15.05.09]
jumaat
…..
p/s:
Bernama:15.05.09:khamis:
“Pilihanraya Perak Bukan Sesuatu Yang Harus: Najib”

2 comments:

BENGAH @ SERLING said...

Mengapa terlalu ikut emosi
Saya cakap fasal demokrasi
Dahulu PR memang majoriti
Tapi degil bila jatuh minoriti

Si anwar penasihat PKR akui
Pokok majoriti asas demokrasi
Jadi 31 MP BN cuba pengaruhi
Tidak pula ajak PRU baru atasi

merandok said...

DSAI pengaruhi dengan janji
pemerintahan telus lagi murni
31 MP BN boleh nilai sendiri
mahu di sana atau sebelah sini

bukan dipulas tangan kiri
tangan kanan habuan diberi
penjawat negeri berlagak menteri
rakyat dilayan macam orang gaji

kesedaran diri bukan emosi
nak kan emas bukan besi
tak tahan sudah makan nasi basi
nak cuba pula nasi beriyani