Thursday, May 7, 2009

POLITIK REMPIT !

SEJARAH HITAM DUN PERAK !

Buat kenangan anak cucu
Hamba rakam hal berlaku
07.05.2009 kejadian malu
Di DUN Perak, ramai tahu

Amat malang umat melayu
Beradab sopan sejak dahulu
Tsunami politik bagai paku
Pacakannya buat haru-biru


Akur demokrasi sejak dulu
08.03.2008 PRU 12 ditentu
Diundikan YB seperti mahu
Muncullah PR ala BN ditiru

Pakatan Rakyat uarkan selalu
Ke arah positif patut halatuju
Kini banyak negatif berlaku
Politik rempit sesuai peraku


Gejala mat rempit, kita malu
Gaya politik rempit seperahu
Norma politik sehat diganggu
Bagaikan hukum rimba mahu

5 jam Raja Nazrin kena tunggu
Sabar Tuanku akan buruk laku
Dirasmikan DUN oleh tuanku
Apakah pula PR bakal ganggu

Politik Rempit telah PR paku
Lupakah konsep majoriti dulu
Ketika PR perintah Raja setuju
PR minoriti kedegilan berlaku

Orang Perak di hilir dan hulu
Politik Rempit busuknya bau
PR perkenalkan budaya baru
Demi kuasa, kebudakan laku

PRU 13 bakal sama ditunggu
Silap undi PRU 12 jangan tiru
Jika pemerintah bagai pemandu
Hanya BN berkelayakan pandu

serling
[08.05.09]
jumaat
……

p/s:
UM:08.05.09:Jumaat:
“Sidang DUN Perak kecoh”

1 comment:

BENGAH @ SERLING said...

Assalamulaikum saudara saudari
Mengapa beramuk sesama sendiri
Contohi rakan bukan melayu aksi
Politik depa dilihat sejiwa sehati