Saturday, May 16, 2009

MEREKA DILUPAI !

SEMPENA HARI GURU 16 MEI !

Setiap tanggal enambelas mei
Para guru Malaysia peringati
Perayaan Hari Guru mewarnai
Atas jasabuat sumbang pameri

Sedikit laluan sejarah diulangi
Sama-samalah kita merenungi
Disebalik ceria ada sembunyi
Buat bekalan sehingga ke mati

Di kala tenaga guru kehendaki
Mendidik modal insan berbakti
DTC dan RTC di serata lokasi
Belajar dan mengajar berselari

Sedikit guru lulusan universiti
Profesyen guru kurang minati
LI , MTC dan SITC tampungi
Juga institusi tak senarai disini

Mula minima SRP boleh sertai
Kemudian ditingkat SPM mesti
Mereka umur warga emas kini
Lepasan maktablah menerangi

Ada lepasan maktab baiki diri
Usaha lanjut belajar universiti
Dianugerah ijazah tingkat gaji
Juga menjawat jawatan tinggi

Gaji seadanya selebih berbaki
Taat mengajar seperti diikrari
Spesis mereka mengecil kini
Di menengah dan rendah seri

Amatlah sedih rasa dalam hati
Kerana ada lulusan universiti
Kelulusan tujuan lebihkan gaji
Tidak setimpal pengajaran beri

Bersamalah muhasabahkan diri
Sempena Hari Guru diperingati
Halalkan setiap wang dapat gaji
Kerajaan dan rakyat usah lupai


Sempena Hari Guru setiap mei
Bekas guru tokoh dianugerahi
Sebahagian besar di rumah sepi
Bagai dilupai anak murid sendiri

Tidak perlu wang banyak hargai
Jemput ke sekolah hampir lokasi
Bersama guru dan murid merai
Pada murid disuntik nilai murni

Murid lihat depan mata sendiri
Juga dilatih pada tua dihormati
Tidaklah mat rempit diagungi
Semoga terbina rakyat jati diri

serling
[17.05.09]
ahad
.....

3 comments:

merandok said...

banyaknya kuah sudunya satu
pengajar tak berkualiti jadi isu
tak dapat kerja lain jadi guru
dulu gaji murah sekarang beribu
datang lebih minat nak mengampu
salahkan siapa kalau murid dungu

merandok said...

murid dungu apa nak malu
kereta besar duduk kuarters guru
hai pendidik janganlah begitu
keikhlasan kerja itu fardhu

BENGAH @ SERLING said...

banyak seperti merandok kata
kabarnya bekas guru pedih mata
kerjabuat pewaris tugas mulia
itukah sebab rempit merata-rata