Monday, May 11, 2009

DIPEKAK DIRI !

PUTUSAN NIZAR SAH MB !

Salam pada saudara saudari
Keputusan mahkamah ketahui
Nizar masih sah MB diakui
DUN sahaja boleh singkiri

Dua tafsiran guaman pameri
Akhirnya nizar yang menangi
Mahkamah Tinggi KL hakimi
Tapi terbuka buat rayuan lagi

Dulu pokok pilihan majoriti
PAS,DAP dan PKR satudiri
Pakatan Rakyat depa namai
Mengadap sultan, izin diberi

Kerusi MB pada PAS kuasai
Akurlah BN tiada bermajoriti
Tetiba wujud hikmah terjadi
Sokongan PR tukar minoriti

Rakyat yang waras mengerti
Puak PR guna hujah lain kini
Kaedah dulu kuasa, PR rugi
PR kini minoriti saja didiami

Pengumuman nizar, jika teliti
Bukan sidang DUN, dia ingini
Bubarkan DUN yang dilaungi
Pada Sultan akan dia sembahi

Sultan arif undang2 sanggahi
Bubar DUN, baginda tak izini
Undian dalam DUN menepati
Tapi ngapa si nizar tak berani

BN zalim, PR sebar sana-sini
Konon rampas kuasa diwarnai
PR yang zalim hakikat terjadi
Jadi minoriti, konon kuasa lagi

PR zalim runtuhkan demokrasi
Hak majoriti ADUN saja dinafi
Konon pada rakyat ingin hakimi
Ngapa dulu serupa, dipekak diri

Waspada agenda PR manipulasi
Fikiran rakyat sengaja PR tubai
Suasana tak aman bagai ingini
Mungkir janji PRU saja dilupai

serling
[11.05.09]
isnin

p/s:
BERNAMA.COM:11 Mei, 2009 18.50 PM: “Nizar Adalah Menteri Besar Perak Yang Sah”

6 comments:

Raja Fiqri Fauwaz said...

senang kalau buat pilihanraya semula di perak. tak payah susah2 lanun2 politik nak merebut kuasa. biar rakyat tentukan..

BENGAH @ SERLING said...

Catatan hitam sejarah negara
Pabila dirinya tak layak kuasa
Kerana majoriti tidak percaya
Bubarkan DUN, Sultan digesa

Jantan sungguhkah sikap kita
Dulu kreteria lain paut kuasa
Asas majoriti jadi MB kepala
Kini baru setahun pura terlupa

Sidang DUN sepatut disegera
Uji sokongan DUN yang ada
Tumbang di gelanggang wira
Berdolak dalih, Allah murka

Bukan soal takut pilihanraya
Tapi sikap dolak-dalik diguna
Sikap pilih ikut suka diagenda
Pemimpin begini bukanlah wira

Raja Fiqri Fauwaz said...

tunggu dan lihat.. rakyat kenal sape pemimpin sape lanun..

Raja Fiqri Fauwaz said...

BIAR RAKYAT TENTUKAN!!!!

BENGAH @ SERLING said...

Hari isnin, nizar merayakan
Mahkamah Tinggi putuskan
Sebagai MB, nizar kekalkan
Tapi selasa nizar diundurkan

Mahkamah Rayuan putuskan
Zambry MB Perak dikekalkan
Tapi komen Nizar tidak alukan
Sepatut tunggu proses turutan


p/s:
UM:123.05.09:selasa:”Zambry kekal MB Perak”

Raja Fiqri Fauwaz said...

politik perak dah jadi macam budak2 main pondok2.. habis rosak..