LALUAN 2013
(DALAM INGATAN)
Awal Januari mengejutkan kita
Pemergian seorang wira negara
Mendiang Kanang banyak jasa
Enam puluh lapan tahun usia
Bulan Februari gegarkan negara
Pencerobohan Sulu bersenjata
Dakwa Sabah sebagai miliknya
Kaedah rundingan tidak berjaya
Terkorban sepuluh orang anggota
Melibatkan pihak polis dan tentera
Enam puluh musuh terbunuh juga
Kini Lahad Datu tenteram semula
Tidak patriotik pembangkang kita
Dituduhkan UMNO sengaja reka
Kebetulan pula PRU 13 bakal tiba
Dijadikan isu kempen pilihanraya
PRU 13 dalam bulan Mei laksana
Kerusi BN seratus tiga puluh tiga
Kekal perintah negara Malaysia
Kecewa anwar amat luar biasa
Kepangkuan BN , Kedah pula
Semua kerajaan negeri BN kuasa
Kecuali tiga negeri PR kepala
Sehinggalah PRU 14 bakal ada
Dua PRK kawasan DUN jaja
Di Trengganu dan Kedah sua
Status pemilik DUN kekal juga
Satu BN dan satu Pas punya
Isu 'kalimah Allah' belum reda
Walaupun mahkamah putusnya
Tahun depan rayuan lagi ada
Putusan kini hak Islam sahaja
Awal Disember banjir melanda
Kira-kira tujuhpuluh ribu mangsa
Pahang, Trengganu dan Johor kena
Terburuk tigapuluh tahun jumpa
Sebahagian catatan jangan lupa
Baik dan buruk tempuhi bersama
Semoga tahun hadapan berceria
Murah razeki dan sehat sejahtera
serling
(31.12.2013)
selasa
.....
Tuesday, December 31, 2013
Sunday, December 29, 2013
MEMORI 2013
MEMORI 2013
Ahad terakhir dalam tahun ini
ahad depan tahun baru jumpai
moga tahun depan temu lagi
memori tahun ini diperingati
Banjir akhir tahun musibah
demikian ketentuan Allah
sewajarlah insan muhasabah
sesungguhnya insan itu lemah
Diramal gelombang kedua ada
ahlamdulillah hingga kini tiada
gelombang pertama telah rasa
berat ujian Allah tidak terkata
Air itu rahmat semua tahu
jikalau guna dan urus tentu
akibat salah urus buruk laku
kesan banjir terbeban bahu
Hari khamis sekolah dimulai
jejas pesiapan sekolah hadapi
ibubapa dan murid menginsafi
segala kekurangan kena hadapi
serling .. 29.12.2013..ahad
Monday, November 25, 2013
DENDAM LAGI ?
DENDAM LAGI ?
BILA BERAKHIR ?
Tamat muktamar Pas
terkini
Hadi kekal
Presiden Pas lagi
Mat Sabu masih
memenangi
Timbalan Presiden
terus miliki
Dua NP Pas lama dipilih lagi
Salahudin dan
Husam duduki
Mahfuz Omar
ditolak ketepi
Kini Tuan Ibrahim pengganti
Mat Sabu dan Tuan
Ibrahim seri
Dalam PRU13
ditolak pengundi
Kerusi Timbalan dan
NP hargai
Kerjabuat mereka
kepada parti
Mereka punya
persamaan ciri
Pakatan Rakyat
akan dijunjungi
UM akbar melayu
amat tak sukai
Gembira PKR dan
DAP ketahuii
Hal Pakatan Rakyat
ada berbunyi
Syabas perwakilan
sanggup zahiri
Tidak mahu Pas ‘barua’
dilayani
Tentu perwakilan
lain juga rasai
Kepada UMNO apakah
implikasi
Dengan Nik Aziz
lantang berbunyi
Suka UMNO-Pas terusan bergini
Isyarat berbaik-baik
tidak setujui
Semakin tingkat
senja usia kini
Selaku Ulama Pas
ramai kagumi
Suara Nik Aziz bagai dendami
Sifat yang patut
ulama menjauhi
Tindak tanduk nik
aziz buat ragui
Jika ada
'statement karpal' zahiri
Wartawan tanya,
jawab hati-hati
Tahu dia beza
parti atau peribadi
Jika persoalan
libat UMNO tanyai
Tak timbul soal
parti atau peribadi
Libasan kata Nik
Aziz tetap terjadi
Bukan agama tapi
politik Pas jagai
Buang yang keruh patut
dendangi
Nik Aziz tidak
secergas dahulu lagi
Keuzuran fizikal
semakin mebaluti
Sepaduan seagama
wajar pelopori
Rasanya teramatlah
elok sekali
Jikalau pusingan
'U' beliau ukiri
Perpaduan seagama
ganti benci
Bukankah itu agama
Islam ajari
Teramat pelik dan
hairan hantui
Pada orang DAP dan
PKR rapati
Adalah 'Islam' mereka senangi
Atau survival Pas
terpaksa jadi
Yang tidak mahu
orang peringati
Siapakah halangi
kesatuan murni
Ketika itu Nik
Aziz tiada bergigi
Kata-kata beliau
orang tak peduli
Mati sang harimau,
belang ingati
Nama disebut bila
manusia mati
Samada nama busuk
atau wangi
Kerjabuat tika
hidup dihakimi
Serling
26.11.13
Rabu
...
Sunday, November 10, 2013
KURANG PANAS ?
KURANG PANAS ?
SAPA TIMBALAN PAS
?
UMNO selesai
oktober dahulu
Najib dan
Muhyuddin diperaku
Tanpa pertandingan
tetap di situ
Pas pula 22
November tunggu
Hadi tanpa
bertanding kekal lagi
Gulungan ulama
Hadi mewakili
Mohamad Sabu tak seperti
Hadi
Mohd Amar kekal untuk
tandingi
Tiga calon Timbalan
tarik diri
Adakah Tuan
Ibrahim tak berani
Husam dan
Salahuddin mengikuti
Dua penjuru
mengundang persepsi
Bagai pertandingan
dua puak aksi
Jika saran Nik
Aziz masih ingati
Timbalan status
ulama diingini
Selaku orang
nombor dua parti
Mohamad Sabu bukan
ulama pasti
Timbul berbagai
nama mewarnai
Dikata puak
anwaris beliau wakili
Wakili ulama Mohd
Amar tandingi
Walau tanding dua
penjuru terjadi
Ada ruang Mohamad
Sabu menangi
Mohd Amar di dewan
ulama duduki
Selaku Timbalan
masih kekal lagi
Undi perwakilan
Pas jadi penentu
Muktamar Tahunan
Pas ditunggu
Mohd Amar atau
Mohamad Sabu
Silap pilih jejas
sokongan melayu
Serling
10.11.13
Ahad
…
Friday, November 1, 2013
IKHLASKAH ?
IKHLASKAH ?
NGAPA BOHONG ?
Sejak kematian
Azizan lagi
Hampir sepuluh
orang pasti
Senarai bakal
calon Pas jajai
Semuanya layak Pas
maklumi
Pas pilih Mohd
Azam wakili
Arwah Azizan berbeza
sekali
Golongan muda dia
kategori
Banyak ciri Azizan
tak miliki
Yang telus dan
ikhlas hendaki
Digelar YB selepas
PRK nanti
Samada BN atau Pas
menangi
Kuasa memilih pada
pengundi
Isu Foto palsu
calon Pas temui
Peranan calon Pas
sama sertai
Jika Mohd Azam
ikhlas warnai
Tanpa izin dia, sebaran
tak jadi
Sekarang timbul
soal integriti
Sifat peribadi
perlu YB miliki
Awalnya calon Pas
diam diri
Mudah pilihan oleh
pengundi
Dengan contoh yang
sebegini
Pas dan calon tak
layak diundi
Hikmah dedahan
semasa ini
Selamat SL berserta
pengundi
Dulu Kedah, Parti
Pas kuasai
Sesuai DUN SL Pas
mewakili
Tapi Kedah, BN
perintah kini
Tukar DUN SL agar
BN miliki
Serling
01.11.13
Jumaat
...
Sunday, October 27, 2013
HIJRAH ?
HIJRAH ?
ERA PERUBAHAN ?
Empat November
ditunggui
ADUN Sungai Limau
diundi
Calon-calon BN dan
Pas aksi
Hanya sorang akan
menangi
Mohd Azam dan
Ahmad Sohaimi
Parti Pas dan BN
mereka wakili
Diamanah parti tarik
pengundi
Sokong BN lebih
manfaat rasai
Dulu Sungai Limau
, Pas wakili
Arwah Azizan
mantan MB kuasai
Pengaruh mantan MB
mebayangi
Foto bersama
Azizan, Pas jajai
Kempen kotor telah
pun kesani
Tuduh BN guna wang
raih undi
Melalui 'portal'
internet pameri
Tergamak parti
'Islam' bohongi
Banyak manfaat
rakyat perolehi
Jika Ahmad Sohaimi
memenangi
MB Kedah sekarang
BN kuasai
Masalah rakyat
akan mudah atasi
Jika calon Pas
masih lagi minati
Rakyat Sungai
Limau hati-hati
Pas hanya
pembangkang Negeri
Khidmat pada
rakyat sukar aksi
Hanya sepenggal
Pas menguasai
Dalam PRU13 BN
kuasa kembali
Wajar dalam PRK November ini
Pilihan terbaik
hanya BN diundi
Dari Pas kepada BN
'Hijrah' jadi
Ubah kerajaan
peringkat negeri
Sekarang ubahlah
ADUN wakili
Hanya kepada BN
wajar yakini
Serling
26.10.13
Sabtu
...
Subscribe to:
Posts (Atom)