Wednesday, May 16, 2012

SIAPA BERPRINSIP ?


SIAPA BERPRINSIP ?
BEZA DUA ‘ABDUL’ ?

Muka duabelas UM hari ini
Zulkuflee Bakar menzahiri
Berbeza  dua ‘abdul’ kongsi
Rencana ditulis amat teliti

Tunku Abdul Aziz keluar parti
Tinggalkan DAP isytihar diri
Bersih 3.0 beliau tak sokongi
Dalam DAP naib presiden parti

Beliau diserang pimpinan parti
Dituduh pada DAP tidak taati
Bersih 3.0, DAP mendokongi
Atas prinsip yang beliau akuri

Dalam Pas seorang ‘abdul’ lagi
Nik Abdul Aziz jawatan tinggi
Mursyidul  am Pas menduduki
Gelaran Tuan Guru diakui ahli

Jadi MB Kelantan hingga kini
Jawatan politik amat sayangi
PRU 13 sanggup lagi tandingi
Walau kesihatan menghalangi

Hakikat beliau guna dua topi
‘Tuan Guru’ dan politik sekali
Politik kuasai ‘Tuan guru’ aksi
Penyokong  ikut membutatuli

Alasan yang pengikutnya beri
Masakan ‘Tuan Guru’ bohongi
Telan kata TGNA tanpa ragui
Islam disalahguna nyata sekali

Perihal Bersih 3.0 yang terkini
Jawatankuasa Fatwa diserangi
Konon menyokong BN perakui
Berbeza  versi Pas kehendaki
Begitu bila tanam taksub parti
Dikelirukan pengikut, strategi
Tersuruk hasrat pemimpin parti
Gelaran Yang Berhormat hajati

Walau berbeza halatuju parti
Dengan PKR dan DAP akurjanji
Demi lawan BN sama dimusuhi
Lebihkan peluang miliki kerusi                                                                                                         

Jelas Tunku Aziz beranikan diri
Berbeza pendapat  risiko tinggi
Jawatan Senator cukup di sini
Demi prinsip beliau dokongi

Tindak tanduk Nik Aziz diragui
Pegangan ‘Islam Pas’ pelopori
Biarkan pengikutnya saja ikuti
Semoga majoriti kita dilindungi

Menjelang PRU 13 akan hadapi
Harap penyokong Pas sedar diri
Segala kata Nik Aziz wajib halusi
Bersifat maksum hanyalah nabi

serling
[17.05.2012]
khamis
…..
p/s:
UM:16.05.12:rabu:
“Antara dua ‘Abdul Aziz’, Pas dan DAP”

No comments: