Monday, May 21, 2012

AJAK-AJAK AYAM ?

AJAK-AJAK AYAM ?
MUSLIHAT TERBARU ?

Ajak-ajak ayam buat analogi
Muzakarah UMNO-Pas jajai
Dari Pas kepada UMNO aksi
Positif UMNO pamer reaksi

Tanpa syarat UMNO setujui
Tapi selepas beberapa hari
Nada tambah, nik aziz beri
Syarat mesti UMNO patuhi

Ajak-ajak ayam sifat begini
Tidak ikhlas nik aziz berperi
Status ‘Ulama Pas’ warnai
Motif politik mendahului

Lagu lama beliau dendangi
‘UMNO tolak Islam’ ulangi
Itulah isu Pas membohongi
Penyokong tegarnya yakini

Terhadap DAP beza bunyi
Sah DAP ulang banyak kali
Hasrat ‘Islam Pas’ halangi
Walau sepakat demi undi

Minda penyokongnya mati
Pegangan DAP adalah sejati
Tiada maruah Pas melakoni
Sanggup perbodohkan ahli

Kepada DAP dan PKR taati
Dulu kalimah ‘Allah’ gegari
Kes arak dan murtad ikuti
Utamakan muslihat parti

UMNO/BN makin mewangi
Majoriti rakyat menyenangi
Pilihan raya kecil jadi saksi
Pada calon BN tingkat undi

Pas memang tiada kredibiliti
Dulu ‘kepimpinan ulama’ jajai
Perkataan ‘Islam’ selalu bibiri
Kini ‘kebajikan’ pula promosi

Kepada ahli Pas alasan beri
Kenapa demikian Hadi zahiri
Sendiri gugur Islam rakami
Undi bukan Islam diingini

Pas cuba tutup lemah parti
Ingin kuatkan semangat ahli
Pelekehkan UMNO strategi
UMNO wajar pertahan diri

Apa yang nik aziz melakoni
Muzakarah bukan Pas ingini
UMNOlah amat kehendaki
Ulasan Dr M amat menepati

Serling
[21.05.12]
Isnin
……
p/s:
UM:21.05.2012:Isnin;muka depan:
“Letak syarat untuk bermuzkarah engan UMNO  - Pas cari alasan – Dr.M”

No comments: