Tuesday, July 5, 2011

TERCAPAI HAJAT ?

BERSIH & PRU 13 ?

Siapa Ambiga teramat berani
Ribuan aduan polis tak peduli
Dalam 'A KadirJasin' ketemui
Ngapa Ambiga sebegitu jadi

Pada 'A kadir Jasin' dirakami
Rujuk pada blognya izin beri
Ambiga itu siapa empunya diri
Di era Pak Lah amat sanjungi

Dialah presiden peguam dipuji
Konon bijak dia mengimbangi
Kerajaan dan peguam terserasi
Gembira Ambiga tidak terperi

Kepada Najib, buat konfrantasi
Di era Pak Lah, tidak sebegini
Ketua BERSIH dipromosi diri
Pakatan Rakyat, beliau wakili

Ambiga perolehi visi dan misi
Dengan nama sentiasa dibibiri
Bakal calon PRU13 tersah kini
Pakatan Rakyat bakal diwakili

Perkara tersurat BERSIH jajai
Sepatut di Parlimen berdiskusi
Tersiratnya malukan BN ingini
Konon buruknya BN dicanangi

Sebelum ke Istana Negara pergi
Saranan oleh Perdana menteri
Tak ada beza titah YDPA zahiri
Lekehkan Najib sengaja pameri

Bantah BERSIH suara majoriti
Penyokong depa puak minoriti
Kecekapan polis sewajar dipuji
Peristiwa 1969 wajiblah hindari

Stadium Shah Alam, Khalid beri
Aturan permit polis kena patuhi
Kokoklah di stadium sepuas hati
Sebarang provokasi wajib jauhi

Semoga 9 julai atau di lain hari
Kepada termakan apa gemburi
Muslihat tersirat sebenar ditujui
Elak diri daripada ditunggangi

serling
[05.07.2011]
selasa
…....

p/s:
-BERNAMA.COM:05.07.2011.selasa:
“Najib Junjung Kasih Keprihatianan Tuanku Mizan”
“Orang Ramai Lega Perhimpunan Jalanan Dibatal”

-http://kadirjasin.blogspot.com:FRIDAY, JULY 01, 2011.
“Antara Hak Asasi dan Ketenteraman Awam”

No comments: