Friday, July 29, 2011

AMANAH DIKHIANATI ?

380 PEKERJA DIZALIMI ?

Dah sembilan tahun operasi
Menjelang Ramadan dekati
380 pekerja seperti dizalimi
Terima notis cuti tanpa gaji

Akbar Harian Metro rakami
Syarikat percetakan beraksi
Syukur internet mudah cari
Syarikat onar mudah kesani

Sejak sembilan tahun lalui
Pembentukan hasrat murni
Kurangkan DBP terbebani
Kecekapanlah amat hajati

Hulu Klang lokasi operasi
Awal wujud layakkan puji
Pihak DBP amat puashati
Belum sedekad, busuk jadi

Salah uruslah letupan aksi
Syarikat bagai milik famili
Tatacara syarikat belakangi
Berbaur famili hala prioriti

Potongan KWSP selewengi
Semenjak enam bulan alami
Rompak hak pekerja ala curi
Lemah pihak KWSP pameri

Menangani isu panas hadapi
Bukanlah individu dan kroni
380 pekerja fokuskan prioriti
Sesiapa penyeleweng diadili

InsyaAllah ada lagi kongsi
Tapi cukup dulu setakat ini
Syarikat DAWAMA cemari
DBP dan pekerja dikhianati

serling
[30.07.2011]
sabtu
…....
p/s:
HarianMetro:30.07.2011:Sabtu:
“380 Pekerja Dibelenggu Cuti Tanpa Gaji”

No comments: