LAYU JATI DIRI ?
Beza sekarang dan dahulu
Dilemma menimpa melayu
Pabila jati diri menjadi layu
Agama dan bangsa dipaku
Mudah jumpa dan dikenali
Berada dalam semua parti
UMNO dan Pas tak kecuali
Corak PKR nyata ketahui
Beza bukan melayu berani
Konon amalan demokrasi
Bukan melayu tidak peduli
Perlembagaan disanggahi
NGO dan media manfaati
Serangan halus distrategi
Bagaikan mereka dizalimi
Jiran selatan jadi inspirasi
Peristiwa menyayat hati
Hal arak, hasan ali berani
Tapi bila DAP suara tinggi
Kehendak DAP, Pas akuri
Bila DAP bersuara terkini
Nada karpal jelas dibunyi
Hajat Islam oleh Pas nafi
Parti DAP tetap halangi
Pada ahli, Pas lain bunyi
Dalam ceramah sana sini
Islam ala Pas, DAP setujui
Terang dan nyata tipu ahli
Ketua Pemuda Pas berani
Kata tegas nasrudin zahiri
Kepada DAP, dia sanggahi
Bagai keseorangan juangi
Beza benar gaya hasan ali
Tika status agama goyangi
Ketua pemudanya disalahi
Tidak senada menyebelahi
DAP tak perlu banyak bunyi
Hasan ali sayangkan kerusi
Exco P R, hasan kena dului
Islam ala Pas sengaja lupai
Lihat dalam UMNO terjadi
Ketua pemudanya terkini
Perkasa mangsa diserangi
Kata ‘satu malaysia’ kaburi
KJ macam buatan hasan ali
Dulu terlajak tunjuk berani
Sergahan rakan BN ditakuti
Jadilah pemuda tak bergigi
Siasah dua hala patut lalui
Semua rakyat bebas jajai
Tapi perlembagaan patuhi
Usah ungkit istimewa bumi
Hikmah Perkasa ujud rasmi
Di bawah ketua Ibrahim ali
Satukan melayu rentas parti
Juang dan jaga hal termetri
Bahaya cara KJ dan hasan ali
Dalam menjaga hala peribadi
Kaum dan agama tak sayangi
Bimbang bukan melayu benci
Berjaya kita merdeka dulu
Tandatangan sultan setuju
Rakyat dan sultan bersatu
Kontrak social ingat selalu
serling
[07.07.10]
rabu
………
p/s:
UM:05.07.10:ISNIN:
“Ahli UMNO jangan rasa bersalah pertahankan hak melayu”
“Pemimpin sayap diingat jangan harap jawatan kerajaan”
“Pemuda UMNO mahu pertikaian dihentikan”
MM:04.07.10:AHAD:
“Kenyataan Nasruddin bukan pendirian Pas”
“Pas sedia kaji semula hubungan dengan DAP”
“Hentikan sikap negative sesama ahli”
Tuesday, July 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment