Friday, July 9, 2010

MUDAH DIJINAKKAN (2) ?


PABILA FOKUS KERUSI ?

Regu KJ dan Hasan Ali
Rupanya ada lain lagi
KP Pas ikut juga sertai
Karpal dikata peribadi

Karpal menyakikan hati
Tajuk berita utusan beri
Kalau kita bacakan teliti
Beza yang DAP pegangi

Konon DAP persetujui
Kepada ahli PAS diuari
Dibohongi ahli sendiri
Nasrudin kena insafdiri

Nasrudin patut diingati
Karpal adalah pengerusi
Dalam DAP tinggi sekali
Itulah sebenar cara parti

Beza apa PKR mewarnai
Walaupun isteri bos parti
Kata putus tangan suami
Ala diktator anwar ketuai

DAP, Pas dan PKR selari
Kepada BN sama musuhi
Wujudlah P R hingga kini
Diumpama tempang kaki

Sejak tahun 2008 bohongi
Kepada Pas, DAP hormati
Islam ala Pas akan terbukti
Ahli parti sengaja dikaburi

Pemuda bagai tiang parti
UMNO dan Pas berselari
Kedua KP jaga periok nasi
Kewajipan ahli tolak tepi

Kepada perkasa dicayai
Satu melayu beza parti
Perlembagaan junjungi
Raja kita mesti lindungi

Dirakamkan dalam puisi
Sedih hamba tak terperi
Pemuda bakal pengganti
Bukan bumi mudah telani

serling
[10.07.10]
sabtu
……
p/s:
UM:10.07.10:sabtu:
“Karpal sakitkan hati - Pemuda Pas”
“Pas jangan bohong rakyat”

2 comments:

Perjuangan Bangsa said...

salam...

adalah kiranya patik pacal yang hina ingin menukar link bersama tuan hamba yang mulia...

ini link patik

http://ideadariaku.blogspot.com

bulan said...

selangkah kakinya melangkah
Tanahairku mengalir senang
selangkah kata-katanya menyerah
mulalah airmataku berlenangan

apa boleh buat
apa boleh buat

setelah berlaku istilah baru
dimana wang punca pemburu
setelah melihat usahlah terharu
dimana ditempatku semakin keliru

apa boleh buat
apa boleh buat

walaupun ada ulangan sejarah
bangsaku memang suka menyerah
walaupun ada suara-suara marah
bangsaku tidak lagi boleh mengarah