Sunday, July 25, 2010

APA MUSLIHAT ?

PELUANG SI AHLONG ?

Hadapi masalah serupa
Seandai memiliki kereta
Samada baru atau lama
Bengkel ibarat klinik kita

Dalam iklan MM hari ini
Pemilik kereta peringati
Pemandu juga bersekali
FAWOAM umum rasmi

Pihak insurans cetus jadi
Dakwa FAWOAM berani
Masuk bengkel hati-hati
Angkara kereta dibebani

Pada kerajaan tunding jari
Bagaikan FAWOAW inayai
Industri baikpulih harungi
Pengusaha bengkel dinafi

Enam hak dan tindak jajai
Tindakan keenam berduri
Upah bentuk tunai prioriti
Tujuan berinsurans dinafi

Amatlah termalang sekali
Sepuluh peratus hendaki
Dari kos insurans setujui
Uar deposit akan kembali

Guna alat ganti bukan asli
Semacam amalan diikuti
Dengan ‘charge’ tipu lagi
Notis pertama dibayangi

Upah ikut jam kerja ikuti
Akibat kemalangan jadi
“c.c” injin jadi skala beri
Semaklah mana ketegori

Andai terima apa hajati
Pemilik kereta amat rugi
Kalau punya kereta sebiji
Puak Ahlong berseri-seri

Pemilik kereta bersendiri
Akur saja bengkel ingini
Bengkel sikit yang kuasai
Ada kereta pun susahati

Akhir kalam penutup kata
Berhati pandu di jalanraya
Pesalah atau mangsa sama
Sepuluh peratus kena ada

serling
[25.07.2010)
ahad
…..

p/s;
-FAWOAM = Persekutuan Persatuan Pemilik Bengkel Kereta Malaysia
-MM:25.07.2010:ahad; (M.s: 15)
“PENGUMUMAN: Kepada Semua Pemilik Dan Pemandu Kenderaan Di Malaysia”

Tuesday, July 20, 2010

POLITIK MURAHAN ?

BILA TAAT BABI BUTA ?

Dalam masa sebelas tahun
Hebat politik PKR melakun
Saifuddin SA kelapan tekun
Dakwa pada PKR, BN gerun

Sejak 1 februari 2010 mulai
Tentulah sampai hajat hati
Penasihat PKR acap jumpai
Konon alasan tadbiran parti

Tujuh SA PKR bersilih ganti
Barulah saifuddin memiliki
Sokong pada anwar peribadi
Keluar UMNO, anwar diikuti

Taat kepada anwar lulus uji
Tanda tangan tunjuk berani
Sebaran ke pelusuk negeri
Dakwa liwat , anwar anayai

Dalam mahkamah kes ini
Masih uarkan fitnah jadi
Kata anwar seorang cayai
Dipaksa atau makan budi

Belum terlewat undur diri
Macam lima YB PKR lalui
Kepada rakyat wajib bakti
Selaku YB pemenang undi

Parlimen Machang wakili
P29 punya tiga ADUN lagi
Semua ADUN, Pas miliki
Patut saifuddin berfungsi

Tindakan saifuddin terpuji
Setia pada bos melampaui
Ajak masuk lubuk pun ikuti
Wajarlah ikut zahid hamidi

Manfaatkan otak Allah beri
Anwar ada sejarah sendiri
Semasa beliau TPM duduki
Mat sabu dan karpal laungi

Depa sahabatkah berdua ini
Dahulu kata perbuatan keji
Masuk kandang PR memuji
Inisiatif anwar, PR hadir diri

Politik murahan wajar namai
Manfaat kepentingan sendiri
Walau buruk perangai dibukti
Jadi kawan, sebalik mi susupi

Tak cukup apa bohongan jadi
Pada UMNO diserang bertubi
Hanya satu belum UMNO jajai
‘UMNO bunuh anwar’ ungkapi

Kurang matang saifuddin uari
Terhadap penyokong diyakini
Dahsat konon UMNO warnai
Realitinya UMNO, PKR takuti

Saifuddin bersama tiga ADUN
Segala tenaga sepatut pulun
Kebajikan pengundi disusun
Halalkan elaun YB terampun

serling
[20.07.2010]
selasa
…..
p/s:
-MyKMU.net: pak_long on Tuesday, July 20 @ 08:13:13 MYT
“Yang UMNO masih belum buat.., BUNUH Anwar ! – Saifuddin”
-MerdekaReview:Lim Hong Siang on Monday, Mar 08, 2010 03:05:32 pm
“Seandainya Setiausaha Agung keluar parti dengan maklumat sulit...”

Saturday, July 17, 2010

ACAH LAGI ?

BILAKAH JADI REALITI ?

‘on’ dan ‘off’ buat analogi
Ikut apa nik aziz berbunyi
Cahaya lampu dia kemudi
Gelap harap ‘off’’ sukahati

Perpaduan umat jauh lagi
Sebangsa tapi tidak selari
Juga seagama mencurigai
UMNO dan Pas memusuhi

Dari sumber boleh dicayai
Disuarakan nik aziz sendiri
Dengan TPM ingin ketemui
Timbullah banyak spekulasi

Orang biasa sehingga mufti
Mengalukan temuan bererti
Di samping segelintir ragui
Yang diragui menjadi realiti

Lain pula maksud hendaki
Begitu nik aziz jelas hajati
Royalti minyak isu diskusi
Hal perpaduan tak sentuhi

Buat ahli pentingkan kerusi
Baik Pas atau UMNO akuri
Perpaduan umat jurus rugi
Ruang digelar YB kecil jadi

SU agung Pas tegas bunyi
Suara veteran Mustafa ali
PRU 13 telah pun strategi
Pakatan Rakyat satu hati

Nampak benar gila kerusi
Kepada DAP tidak berani
Islam Pas, karpal sanggahi
Bagai Pas, DAP tunggangi

Risau ahli Pas segera atasi
Dulu kata setuju, kini benci
Bohongi ahli Pas sekali lagi
Nada karpal hanya peribadi

DAP selaku organisasi parti
Karpal berstatus pengerusi
Tiada bangkangan ahli parti
Islam ala Pas sah dihalangi

Tika mantan MB Pas kuasai
Dalam DUN Perak merakami
Dari mulut nizar masih ingati
Hasrat Islam ala Pas ternafi

Ikhtibarkan hal Pas hadapi
Jika UMNO ingin nafas lagi
Berlebel liability usah jagai
Segera minta undurkan diri

Heboh akbar sehari dua ini
KP UMNO ingin undur diri
Macam ugut presiden parti
Eloklah segera biar pergi

Insyaallah UMNO tak rugi
Satu KP pergi, ada lain lagi
Mantapkan UMNO termesti
Barulah Pas tidak acah lagi


serling
[17.07.10]
sabtu
…….
p/s:
UM:17.07.10:sabtu:
“Isu Perpaduan Pas, UMNO”

Friday, July 9, 2010

MUDAH DIJINAKKAN (2) ?


PABILA FOKUS KERUSI ?

Regu KJ dan Hasan Ali
Rupanya ada lain lagi
KP Pas ikut juga sertai
Karpal dikata peribadi

Karpal menyakikan hati
Tajuk berita utusan beri
Kalau kita bacakan teliti
Beza yang DAP pegangi

Konon DAP persetujui
Kepada ahli PAS diuari
Dibohongi ahli sendiri
Nasrudin kena insafdiri

Nasrudin patut diingati
Karpal adalah pengerusi
Dalam DAP tinggi sekali
Itulah sebenar cara parti

Beza apa PKR mewarnai
Walaupun isteri bos parti
Kata putus tangan suami
Ala diktator anwar ketuai

DAP, Pas dan PKR selari
Kepada BN sama musuhi
Wujudlah P R hingga kini
Diumpama tempang kaki

Sejak tahun 2008 bohongi
Kepada Pas, DAP hormati
Islam ala Pas akan terbukti
Ahli parti sengaja dikaburi

Pemuda bagai tiang parti
UMNO dan Pas berselari
Kedua KP jaga periok nasi
Kewajipan ahli tolak tepi

Kepada perkasa dicayai
Satu melayu beza parti
Perlembagaan junjungi
Raja kita mesti lindungi

Dirakamkan dalam puisi
Sedih hamba tak terperi
Pemuda bakal pengganti
Bukan bumi mudah telani

serling
[10.07.10]
sabtu
……
p/s:
UM:10.07.10:sabtu:
“Karpal sakitkan hati - Pemuda Pas”
“Pas jangan bohong rakyat”

Tuesday, July 6, 2010

MUDAH DIJINAKKAN ?

LAYU JATI DIRI ?

Beza sekarang dan dahulu
Dilemma menimpa melayu
Pabila jati diri menjadi layu
Agama dan bangsa dipaku

Mudah jumpa dan dikenali
Berada dalam semua parti
UMNO dan Pas tak kecuali
Corak PKR nyata ketahui

Beza bukan melayu berani
Konon amalan demokrasi
Bukan melayu tidak peduli
Perlembagaan disanggahi

NGO dan media manfaati
Serangan halus distrategi
Bagaikan mereka dizalimi
Jiran selatan jadi inspirasi

Peristiwa menyayat hati
Hal arak, hasan ali berani
Tapi bila DAP suara tinggi
Kehendak DAP, Pas akuri

Bila DAP bersuara terkini
Nada karpal jelas dibunyi
Hajat Islam oleh Pas nafi
Parti DAP tetap halangi

Pada ahli, Pas lain bunyi
Dalam ceramah sana sini
Islam ala Pas, DAP setujui
Terang dan nyata tipu ahli

Ketua Pemuda Pas berani
Kata tegas nasrudin zahiri
Kepada DAP, dia sanggahi
Bagai keseorangan juangi

Beza benar gaya hasan ali
Tika status agama goyangi
Ketua pemudanya disalahi
Tidak senada menyebelahi

DAP tak perlu banyak bunyi
Hasan ali sayangkan kerusi
Exco P R, hasan kena dului
Islam ala Pas sengaja lupai

Lihat dalam UMNO terjadi
Ketua pemudanya terkini
Perkasa mangsa diserangi
Kata ‘satu malaysia’ kaburi

KJ macam buatan hasan ali
Dulu terlajak tunjuk berani
Sergahan rakan BN ditakuti
Jadilah pemuda tak bergigi

Siasah dua hala patut lalui
Semua rakyat bebas jajai
Tapi perlembagaan patuhi
Usah ungkit istimewa bumi

Hikmah Perkasa ujud rasmi
Di bawah ketua Ibrahim ali
Satukan melayu rentas parti
Juang dan jaga hal termetri

Bahaya cara KJ dan hasan ali
Dalam menjaga hala peribadi
Kaum dan agama tak sayangi
Bimbang bukan melayu benci

Berjaya kita merdeka dulu
Tandatangan sultan setuju
Rakyat dan sultan bersatu
Kontrak social ingat selalu

serling
[07.07.10]
rabu
………
p/s:
UM:05.07.10:ISNIN:
“Ahli UMNO jangan rasa bersalah pertahankan hak melayu”
“Pemimpin sayap diingat jangan harap jawatan kerajaan”
“Pemuda UMNO mahu pertikaian dihentikan”
MM:04.07.10:AHAD:
“Kenyataan Nasruddin bukan pendirian Pas”
“Pas sedia kaji semula hubungan dengan DAP”
“Hentikan sikap negative sesama ahli”

Thursday, July 1, 2010

AKAL SI KANCIL ?

NANTI SAAT KECUNDANG ?

Dalam sastera rakyat melayu
Epik binatang ada unsur lucu
Cerita sang kancil ramai tahu
Perihal kancil bertingkah laku

Binatang diberi sifat manusia
Boleh bertindak bertutur kata
Mengajar masyarakat terhala
Pemimpin serta rakyat biasa

Watak ‘kancil’ kini sendiwara
Dalam menuju hidup selesa
Anwar penasihat P R serupa
Hanya dirinya bukan mangsa

Kaedah lisan sampai cerita
Oleh insan si penglipur lara
Kini dalam buku boleh baca
Watak kancil ciri bergeliga

Cerdik kancil kagumkan kita
Gajah dan harimau mangsa
Termasuk kerbau dan buaya
Naik tocang kancil gembira

Bijak kaedah penglipur lara
Kancil berlagak tercabar jua
Sesama binatang diperdaya
Tewas kancil cara luar biasa

Binatang saiz besar mangsa
Penaik tocang kancil peraga
Siput dan agas menjadi wira
Bersaiz kecil tetapi wibawa

Ketentuan Allah Maha kuasa
Pelandok lupa jerat terbiasa
Jerat nanti masa penuh setia
Begitu nasib si kancil merasa

Analogi buat anwar serupa
Sekutunya boleh diperdaya
Tapi bertahan berapa lama
Konon ke US perbaiki luka

Siput dan agas boleh jumpa
YB keluar PKR jadi umpama
Pada anwar amat luar biasa
Digambarkan tiada apa-apa

Nasib MB Selangor terjangka
Khalid Ibrahim menanti masa
Tiada kuasa politik berbahaya
MB kudung tangan umpama

Macam kancil, si anwar gaya
Berbuat baik muslihat sahaja
Bila jadi hampas, dijauhi dia
Kini zaid tebu baru dakapnya

Jika mengkaji sastera melayu
Halatuju didik bertingkah laku
Benar YB keluar PKR berlaku
Sengaja anwar pura tak tahu

serling
[01.07.10]
khamis
……
p/s:
UM:01.07.10:khamis:
“Anwar ‘pujuk’ Yahudi”
UM:30.06.10:rabu:
“Riwayat Abdul Khalid sebagai MB makin pendek”
“Anwar lebih berkuasa di Selangor”
“Politik pulun, cakap tidak serupa bikin moto terbaru Anwar”