Thursday, November 19, 2009

SUKA DALAM DUKA ?

KISAH BALIK TABIR ?

Rasa tidak percaya temui
Apa terjadi kepada Izzati
Tidaklah satunya terjadi
Semaklah seluruh negeri

Paparan utusan Malaysia
Putusan UPSR 2009 jaja
Lulus dan 5A lonjak ada
Kementerian kaitan suka

Ucap tahniah pada semua
Murid, guru dan ibu bapa
Semua JPN dan PPD juga
Keringat kalian bermakna

Gembira dalam dukacita
Patut tak berlaku perkara
Di negeri Perak lokasinya
SK Tracisian Ipoh peraga

Kerna RM57 hutang ada
Slip result UPSR nafinya
Sebegitu polisi seadanya
JPN Perak sokongi pula

Guru besar dan ibu bapa
Juga pengarah JPN serta
Mana istilah budibicara
Remuk hati isi keluarga

Analogi amalan MARA
Pinjaman belajar sediada
Sahkan benar yang kena
CGPA 3.5 atas gembira

Rabu lalu dalam kereta
Yang berkenaan nyata
MARA tunai apa dikata
Kena bayar sedikit saja

Wahai tuan di putrajaya
Buatlah seperti MARA
Bukan banyak sikit aja
Suruh PIBG ikut sama

Bagus UPSR kita harga
Hutang yuran lupus saja
Jadi hadiah serta merta
Motivasi terbaik peraga

Sedih cara pengarah kata
Tekan ‘enggan’ ibubapa
Secara umum diperkata
Guris Izzati dan keluarga

Suka dalam duka rakami
Selaku pihak dibayar gaji
Apakah KPI kalian ikuti
RM57 mengguriskan hati

Serling
[20.11.09]
Jumaat

p/s:
UM:20.11.09:jumaat:
“Izzati gembira disalut kesedihan”

1 comment:

selagimasihada said...

Tuan, baca juga sajak altantuya untuk mat sabu diblog ini: http://satunota.blogspot.com