Friday, November 6, 2009

SENASIB DR ASRI ?

PEMBELAAN MELAMPAU !

Strategi atau kebetulan
Tika hal dr asri bualan
Ceramah tiada keizinan
Berlakulah penahanan

Hingga hari ini larutan
Pro dan kontra dapatan
Pokok ‘tauliah’ Sultan
Ketua negeri berkenaan

Banyak teori bertaburan
Pastinya kuasa tadbiran
Budibicara pelaksanaan
Hikmah sebalik kejadian

Sinar edisi Pahang siaran
P K R soal penangkapan
Kes liwat anwar samaan
Tahan dahulu,buat alasan

Muka P10 punca rujukan
Zaidi Ahmad gemburkan
Secretariat negeri jawatan
Pengarah posisi kedudukan

Licik orang anwar peranan
Zaidi pasti lulus pengujian
Cakap anwar jadi panduan
Hingga cemuh pengadilan

YB tersayang ? (3) tulisan
Pada YB Fauziah teguran
Wakili P K R di Kuantan
Peranan YB tak berkesan

Di muka P5 Sinar Harian
Pada YB P K R Kuantan
Zaidi ahmad lontar pujian
Air batu dan teksi uarkan

Hebat P K R memainkan
Dengan anwar dikaitkan
Ala mantan mufti padan
Maksum anwar nobatkan

Jika benar tegak keadilan
Kepada anwar sangsikan
Kenapa bicara ketakutan
Wajar segera dibicarakan

serling
[06.11.09]
jumaat
….
p/s:
SinarHarian:06.11.09:jumaat:
“P K R personal penangkapan Dr Mohd Asri”
“Khidmat Ahli Perlimen P K R dipuji”

No comments: