Friday, October 23, 2009

YB TERSAYANG ? ( 1 )

TERSURAT DAN TERSIRAT ?

Perihal YB pilihan rakyat
Banyak cerita bunyi hebat
Ada dilaporkan sakit tenat
Juga ada rasa tak selamat

TS Isa YB BN terbaharu
Bagan pinang tersyahdu
Hikmah PRK N31 tentu
Berhati jangan buru-buru

Politik di kelantan hayati
Parlimen Machang warnai
Wakil Bebas, Ibrahim Ali
Dengan Pas selalu kelahi

V.Sivakumar YB Tronoh
ADUN DAP tak senonoh
Lagak masih kuasa penuh
Pada sultan acuh tak acuh

Bagai telur hujung tanduk
Ahli Parlimen Batu duduk
Denda dan penjara ditusuk
Gigit polis kelakuan buruk

Pada Ku Li usah kita lupa
Wakili Gua Musang setia
Pernah bendera S46 guna
Pabila suara, menong kita

Peristiwa bersejarah ingati
Suami suruh isteri berhenti
Gelaran YB, anwar dapati
Tanding di tempat sendiri

YB nik aziz juga tok guru
Jadi MB Kelantan tak jemu
Pada Ibrahim ali tak selagu
Nik aziz kata, ramai keliru

Banyak lagi cerita riwayat
Hal individu wakil rakyat
Lain kali, YB lain disakat
Elak KPI YB cemari lalat

serling
[23.10.09]
jumaat
.....

1 comment:

BENGAH @ SERLING said...

Bagai PRK Bagan Pinang
Ada sembilan siri bentang
Belum tentu YB Tersayang
YB BN dan pembangkang

Ada tujuh YB siri pertama
Perlimen dan negeri sama
Siri berikutnya begitu juga
Seperti sudut lihat hamba

Andai meletup sesuatu isu
Atau terlintas nak beritahu
Siri YB Tersayang tunggu
Utamakan yang lain dulu