Tuesday, October 6, 2009

N.31 BAGAN PINANG ( 7 ) !

LIDAH CABANG ?

Jikalau Pas menang
PRK Bagan Pinang
Salahuddin canang
N.P Pas temberang

Mudah Pas berjanji
Kerana tidak tepati
Berjanji air liur basi
Ikrar PRU 12 lupai

Lihat negeri kuasai
Dalam P R dikongsi
Rakyat tunggu janji
Banyak helah bunyi

Ada negeri, air free
Ikut sukatan diberi
Kena caj melebihi
Air free, auta diaksi

PRK ini satu kerusi
Berjanji tak halangi
Berfikirlah pengundi
Bolehkah Pas tepati

Jika Pas memenangi
Pengundi tagih janji
Mudah jawapan beri
Kuasa kerajaan negri

Cekalkan dalam hati
TS Isa calon BN undi
Pastikan BN menangi
Senada kerajaan negri

PRK di Bagan Pinang
Biar menang-menang
BN dan rakyat senang
Wajar Pas kecundang

serling
[05.10.09
isnin
…..
p/s:
BH:05.10.09:ISNIN:mutakhir:
-“Pas dedah isu kebajikan tentera esok: Salahuddin”
”……………Katanya, jika Pas menang di Bagan Pinang, masalah itu pasti ditangani supaya Port Dickson terus menjadi bandar pelancongan yang bebas daripada pencemaran dan projek terbengkalai. “……. BH: 05.10.09: ISNIN : mutakhir

No comments: