Saturday, September 5, 2009

SEMESTI BERSIH !

MAHKAMAH DISENDAKAN ?

01 Julai 2009 asal dipilih
Mahkamah tetapkan tarikh
Kes liwat jalan setiakasih
26 Jun 2008 mangsa sedih

Di Bukit damansara lokasi
Dalam kondominium jadi
Unit 11-5-1 lokasi perinci
Dimangsa majikan sendiri

Saiful yang buat dakwaan
Dalam wilayah persekutuan
Di masjid lafaz pengakuan
15 Ogos 2008 mencatatkan

Hebat anwar sendiwarakan
Imam saksi sumpah ‘tawan’
Dalam PRK kempen sakan
Kini usaha elak dibicarakan

Berbagai karenah diadakan
Pada penyokong tunjukkan
Konon dirinya tak lakukan
Hakikat takut dibicarakan

Bulan November tundakan
Nampak strategi ganggukan
Satu demi satu permohonan
Hak mangsa bagai dilupakan

Dulu kes VVIP dibicarakan
Tapi ala anwar tak gunakan
Merayu selepas kehakiman
Ke mahkamah persekutuan

Ngapa ditangguh pengadilan
Rukun Negara patut amalkan
Elak mahkamah disendakan
Jika tak salah, apa takutkan

Pada saiful harap tabah diri
Gerak anwar, buat motivasi
Kes liwat anwar dulu ingati
Syukur saiful selamat kini

Perbicaraan semesti bersih
Jangan terlihat pilih kasih
Bebas belum dibicara, anih
Harap hakim bersih jernih

serling
[06.09.09]
ahad
….
p/s:
UM:05.09.09.:sabtu:
“Saiful persoal anwar dapat keistimewaan?”
MM:06.09.09:ahad:
"Kerajaan perlu jelaskan kenapa kes Anwar tertangguh lama ?"

No comments: