Saturday, September 26, 2009

N.31 BAGAN PINANG ( 5 ) !

PISAU DAN TIMUN ?

Hari kelapan aidilfitri
Rasa kemaafan dapati
Sesama kita insaf diri
Kita kerdil di dunia ini

Hari kesepuluh aidilfitri
Dinanti bakal pengundi
Sapa calon BN direstui
TS muhyiddin maklumi

Konon mahu bersih suci
Hukuman dahulu ulangi
Tentang TS Isa dinamai
Hukuman berpilih lakari

Jadi ketua bahagian restui
Untuk khidmat pada parti
Juga buat rakyat di lokasi
Sifat kerja jaga akar umbi

Bila YB dahulu tiada lagi
TS Isa ramai yang senangi
Respond muhyiddin gegari
Banyak nama diminta lagi

Juga shahrizat kuat bunyi
Minta calon wanita namai
TS muhyiddin tersepit jadi
Gerak shahrizat amat kesali

TS muhyiddin digeruni ahli
Selaku orang kerdua tinggi
Usah malukan TS Isa nanti
Ketika isytihar calon restui

TS Isa bukan bebudak lagi
Andai beliau tidak dicaloni
Biarlah TS Isa berehat diri
Sindiran amatlah luka hati

TS muhyiddin, pisau miliki
Bersifat timun TS Isa gayai
Yang dipasti banyak pelobi
Silap di K.T usah diulangi

serling
[27.09.09]
ahad
…..
p/s:
BM:27.09.09:ahad:
-“Usah pertikai calon BN, beri sokongan padu”
-“UMNO, selaras jentera kempen piliharan raya kecil di Bagan Pinang”

No comments: