Sunday, July 26, 2009

BILA SALAM TERPALU !

AIR KERUH DIHINDARI !

Muka depan Berita Minggu
Kata nik aziz yang ditunggu
Pada UMNO, salam terpalu
Ikhlaskah, belum pasti tahu

Dulu sembur UMNO berapi
Amalan terbaik Islam ingini
Bersangka baik apa pun jadi
Syukur belum ramadhan uari

Secara terbuka wajar diskusi
Kenapa tetiba patutlah teliti
Kebiasaan tafsiran ikut hati
Oleh anggota parti akar umbi

Sikit pandangan ingin kongsi
PRK B.Gantang, Pas menangi
Juga PRK Manik Urai ulangi
Sokongan melayu kecil kini

Kurang setahun 2 PRK lalui
Semakin ramai melayu akui
Silap undi PR@PTR terjadi
Di Penanti pun, PKR alami

Pesan orang tua perlu ingati
Jika dengar guruh berbunyi
Jangan cepat melupakan diri
Air di tempayan usah baziri

Minta nik azizi tak putar lagi
Usia tuan guru pun meninggi
Baik sangka sama kita mesti
Wajar ikhlas, air keruh jauhi

UMNO dan Pas usah curigai
Elakkan syarat boleh ganggui
Kepada Sultan ketaatan beri
Elok Istana lokasi kompromi

Masih ramai yang membatu
Dalam UMNO dan Pas ketemu
Ada yang mahu terus seteru
Kerana fikir periok nasi dulu

serling
[26.07.09]
ahad
…..
p/s:
BM:26.07.09:Ahad:”Nik Aziz hulur salam”

No comments: