Tuesday, July 28, 2009

ALA BERSEKERU ?

DEMI KUASA POLITIK PACU !

Pabila salam terpalu
Lapor berita minggu
Sumber kota baharu
Konon di hari sabtu

Hanya tiga hari lalu
Nada positif merayu
Nik aziz suara begitu
Kini kontra nada lagu

Bermain lidah dilaku
Bagai pemberita tipu
Konon maksud keliru
Salam ke pusat mahu

Kini keras nada palu
“jahanamlah...” pacu
Ulama apa nada gitu
Lebih suka berseteru

Ulama yang amal ilmu
Bersuara jurus halatuju
Tidak cakap bersekeru
Diukir berbelit berliku

Tokok ciri ulama baru
Bolehkan kata merapu
Siasah parti jadi perlu
Minda ahli kunci dulu

Bila ahli menjadi kaku
Boleh titikan ikut mahu
Jika tanya, sergah selalu
Depan ramai dapat malu

Ceteknya politik melayu
Kuda agama capai nafsu
Demi kuasa politik pacu
Hentilah sengaja celaru

Ulama permudah diperlu
Arah perpaduan halatuju
Tidak ulama kata merapu
Terkata baik, nafi selalu


serling
[28.07.09]
selasa

p/s:
UM:28.07.09:selasa:”Pergi jahanamlah UMNO’- Nik Aziz”

No comments: