Sunday, June 15, 2008

SELAMAT ULANG TAHUN !

Selamat ulang tahun kelahiran
Buat Tun Dr Mahathir diucapkan
Semoga di dalam kesejahteraan
Agama, nusa dan bangsa tegakkan

Hampir sepanjang hayat berbakti
Sejak belum jadi Perdana Menteri
Banyak orang dapat disenang hati
Itulah sifat Melayu punya jati diri

Melayu mudah lupa senang jumpa
Mereka jauh diri kerna tiada kuasa
Bila tegurtanya Tun disalah sangka
Malangnya si celek mata ikut buta

Hakikat diyakini apa yang berlaku
Yang lupa diri mementingkan saku
Khuatiri yang berkuasa lihat kelaku
Kelak ruang dan peluang akan beku

Eloklah jika Tun menuliskan catatan
Tentang gelagat insan penuhi impian
Berbuat apa sahaja untuk pendapatan
Bukukanlah untuk kami jadi pedoman

serling
(09.12.06)
sabtu

No comments: