Monday, January 28, 2019


TERKEJUT ?

Undian PRK P078 kejutan
Menang BN dah jangkakan
Tapi majoriti  mengujakan
Hakikat itulah kenyataan

PRU14  2018 tak lupa
Matlamat halal diguna
Pada Najib diumpat nista
Janji palsu ramai percaya

Kira-kira lapan bulan lalui
Tun M Perdana Menteri
Tapi DAP yang menguasai
YB DAP yang bermajoriti

Rakyat dah serik dikencingi
PTPTN dan Tol menghantui
Harga minyak beza janji
PH perlu muhasabah diri

Tun M dalam dan luar negeri
Fokus hal rasuah PH perangi
Bicara Kes rasuah LGE dihenti
Walau sesi bicara sedang adili

Macam daif benar negara ini
LGE bagaikan Bendahari
Bukti DAP memang kepalai
Bagaikan kes rasuah tutupi

Isyarat PRK P078 jelas nyata
PH cakap dan buat amat beza
Walau sepenggal kena rasa
Lepas PRU15 tukarkan pula


26.01.2019
Sabtu.

No comments: