Monday, April 27, 2015

SIAPA BAKAL MENANGI ?

SIAPA BAKAL MENANGI ?
(SAPA DITSUNAMIKAN ?)

PRK ROMPIN MENDAHULUI
NGUNDI TANGGAL LIMA MEI
SETELAH WAKILNYA KEMBALI
HELIKOPTER JATUH KE BUMI

PRK PERMATANG PAUH IKUTI
NGUNDI TANGGAL TUJUH MEI
SABITAN KES LIWAT DIHAKIMI
BERSTATUS BANDUAN TERKINI

P091 DAN P044 LEBEL KERUSI
ASAL P091 BN YANG MEWAKILI
P044 PULA PKR YANG MEMILIKI
APAKAH HASIL PRK BAKAL JADI

PERLU BIJAKSANA PENGUNDI   
BN DI ROMPIN KEKALKAN LAGI
DI PERMATANG PAUH PERHATI
CUKUP-CUKUPLAH PKR WAKILI

JIKA BN SERIUS BELA PENGUNDI
KEDUA-DUA PRK KENA MENANGI
SENTUHAN NAJIB PERKARA MESTI
WAJIB JENGUK KEDUA-DUA LOKASI

SINONIM IMEJ NAJIB DAN PARTI
BURUKKAN NAJIB SENGAJA UARI
TEKTIK LAWAN SEJAK DULU LAGI
TINDAKAN  TUN M AMAT KESALI

JIKA PENJELASAN ISU TAK PEDULI
SEOLAH-OLAH ISU BENAR TERJADI
BOLEH SUMBANGKAN TSUNAMI
PERKARA YANG INGIN DIHINDARI

Serling
27.04.2015
(isnin)


No comments: