TEWAS SI KANCIL ?
(Keadilan buat Si Agas ?)
10 FEBRUARI 2015 AMAT BERMAKNA
PUTUSAN LIMA HAKIM SAMA SEKATA
AKUR KATA TIGA HAKIM SEBELUMNYA
BERSALAH DAN LIMA TAHUN PENJARA
DI KONDOMINIUM DESA DAMANSARA
26 JUN 2008 KEJADIAN LIWAT BERADA
LIWAT KE ATAS SAIFUL ASAL DAKWA
ADUAN SAIFUL DIJURUSKAN BICARA
PROSES PANJANG BICARA PUN MULA
MAHKAMAH SESYEN JEJAK PERTAMA
TIDAK MENGAKU SALAH RAKAM KATA
KE MAHKAMAH TINGGI KES DIBICARA
TAHUN 2012 KEPUTUSAN DITERIMA
YANG DIDAKWA SANGAT GEMBIRA
DIBEBAS TUDUHAN LIWAT DINYATA
MAHKAMAH DAN HAKIM DIPUJINYA
TAHUN 2014 RAYUAN ULANGBICARA
TIGA HAKIM PUTUS SEBULAT SUARA
DAKWAN SAIFUL TIMBANG SEMULA
PELIWAT KENA LIMA TAHUN PENJARA
YANG DIHUKUM MINTA ULANGBICARA
MAHKAMAH PERSEKUTUAN TMPATNYA
PANEL HAKIM MENOKOK MENJADI LIMA
BEGITU KEPUTUSAN DIKETAHUI SEMUA
DI PENJARA SUNGAI BULOH BERMULA
BEGITULAH NASIB KANCIL BIJAKSANA
SILAP PERCATURAN KEHEBATAN JAJA
SAIFUL IBARAT AGAS YANG BERJAYA
serling
12.02.2015
(khamis)
…….
No comments:
Post a Comment