Sunday, October 20, 2013

SILAP TAFSIR ?


SILAP TAFSIR ?
SALAH SISTEM ?

Semenjak tahun 2009 lagi
Selaku presiden, najib uari
Mulalah  era 'Transformasi'
Negara dan UMNO sekali

Hal negara pacu  ekonomi
Dalam media selalu bunyi
Sasar tuju  mudah fahami
Kabur Transformasi parti

Hal yang sering didendangi
Ubah cara pemilihan parti
Kuasa kepada akar umbi
Politik wang boleh hindari

Kira2 150,000 pengundi
Ketelusan undi amat ingini
Terbendung terbuku hati
Terbuku hati jelas terjadi

Pemilihan sayap dimulai
Bahagian jadi kawasan undi
Setiap bahagian satu undi
Luar jankaan akar umbi

Pemilihan NP tidak kecuali
Seperti yang umum ketahui
Penjawat sediada kekal lagi
"Electoral college" kehendaki

Jika cara  akar umbi fahami
'Direct' undian oleh  pengundi
'johan bahagian' tidak realiti
Undi popular patut aplikasi

Keputusan pilih NP dimaklumi
191 X 3  Lima Tujuh Tiga jadi
185+174+100+91+07+07 jajai
Sembilan Bahagian mana undi ?

Andai cara sekarang terus lagi
Mudahkan calon memanipulasi
Di Bahagian kalah akan jauhi
Di Bahagian menang disenangi

Melebel bahagian lemah parti
Akibat 'electoral college' jajai
Undi akar umbi bagai tiada erti
Akan dilebelkan Bahagian Anti

Amatlah pelek dan hairan jadi
Zaman canggih berkomunikasi
Undian Direct Akar umbi sangsi
Bukan PRU penentuan  kerusi

Electoral College terus aplikasi
Jejaskan perpaduan akar umbi
Khuatir pemenang hidung tinggi
Di mana air muka Bahagian Anti

Dalam pemilihan serupa nanti
Kepada 'undi popular' diyakini
Tiada pelebelan Bahagian jadi
Undi akar umbi sebenar hargai

Jika electoral college kekal lagi
Terlihat UMNO  buruk persepsi
Penyandang sediada sukahati
Terusan boleh duduki kerusi

Iktibar kerusi NP yang terkini
Undi Popular sepatut aplikasi
Walau apa alasan presiden beri
Keyakinan rakyat mesti dapati

Serling
21.10.13
Isnin
...

No comments: