Sunday, October 27, 2013

HIJRAH ?


HIJRAH ?
ERA PERUBAHAN ?

Empat November ditunggui
ADUN Sungai Limau diundi
Calon-calon BN dan Pas aksi
Hanya sorang akan menangi

Mohd Azam dan Ahmad Sohaimi
Parti Pas dan BN mereka wakili
Diamanah parti tarik pengundi
Sokong BN lebih manfaat rasai

Dulu Sungai Limau , Pas wakili
Arwah Azizan mantan MB kuasai
Pengaruh mantan MB mebayangi
Foto bersama Azizan, Pas jajai

Kempen kotor telah pun kesani
Tuduh BN guna wang raih undi
Melalui 'portal' internet pameri
Tergamak parti 'Islam' bohongi

Banyak manfaat rakyat perolehi
Jika Ahmad Sohaimi memenangi
MB Kedah sekarang BN kuasai
Masalah rakyat akan mudah atasi

Jika calon Pas masih lagi minati
Rakyat Sungai Limau hati-hati
Pas hanya pembangkang Negeri
Khidmat pada rakyat sukar aksi

Hanya sepenggal Pas menguasai
Dalam PRU13 BN kuasa kembali
Wajar  dalam PRK November ini
Pilihan terbaik hanya BN diundi

Dari Pas kepada BN 'Hijrah' jadi
Ubah kerajaan peringkat negeri
Sekarang ubahlah ADUN wakili
Hanya kepada BN wajar yakini

Serling
26.10.13
Sabtu
...

Sunday, October 20, 2013

SILAP TAFSIR ?


SILAP TAFSIR ?
SALAH SISTEM ?

Semenjak tahun 2009 lagi
Selaku presiden, najib uari
Mulalah  era 'Transformasi'
Negara dan UMNO sekali

Hal negara pacu  ekonomi
Dalam media selalu bunyi
Sasar tuju  mudah fahami
Kabur Transformasi parti

Hal yang sering didendangi
Ubah cara pemilihan parti
Kuasa kepada akar umbi
Politik wang boleh hindari

Kira2 150,000 pengundi
Ketelusan undi amat ingini
Terbendung terbuku hati
Terbuku hati jelas terjadi

Pemilihan sayap dimulai
Bahagian jadi kawasan undi
Setiap bahagian satu undi
Luar jankaan akar umbi

Pemilihan NP tidak kecuali
Seperti yang umum ketahui
Penjawat sediada kekal lagi
"Electoral college" kehendaki

Jika cara  akar umbi fahami
'Direct' undian oleh  pengundi
'johan bahagian' tidak realiti
Undi popular patut aplikasi

Keputusan pilih NP dimaklumi
191 X 3  Lima Tujuh Tiga jadi
185+174+100+91+07+07 jajai
Sembilan Bahagian mana undi ?

Andai cara sekarang terus lagi
Mudahkan calon memanipulasi
Di Bahagian kalah akan jauhi
Di Bahagian menang disenangi

Melebel bahagian lemah parti
Akibat 'electoral college' jajai
Undi akar umbi bagai tiada erti
Akan dilebelkan Bahagian Anti

Amatlah pelek dan hairan jadi
Zaman canggih berkomunikasi
Undian Direct Akar umbi sangsi
Bukan PRU penentuan  kerusi

Electoral College terus aplikasi
Jejaskan perpaduan akar umbi
Khuatir pemenang hidung tinggi
Di mana air muka Bahagian Anti

Dalam pemilihan serupa nanti
Kepada 'undi popular' diyakini
Tiada pelebelan Bahagian jadi
Undi akar umbi sebenar hargai

Jika electoral college kekal lagi
Terlihat UMNO  buruk persepsi
Penyandang sediada sukahati
Terusan boleh duduki kerusi

Iktibar kerusi NP yang terkini
Undi Popular sepatut aplikasi
Walau apa alasan presiden beri
Keyakinan rakyat mesti dapati

Serling
21.10.13
Isnin
...

Sunday, October 13, 2013

PETUNJUK NP ?


PETUNJUK  NP ?
KEKAL STATUS-QUO ?

Kepala semua sayap ketahui
Shahrizat mengekalkan posisi
Khairy masih Pemuda ketuai
Mas Ermiyenti kepalai Puteri

Wanita dan Pemuda bagai seri
Penyandang Ketua diperbarui
Sepenggal lagi terus berbakti
Pencabar tewas wajar patuhi

Sayap Puteri begitulah tradisi
Penyandang tidak ikut saingi
Pabila had umur menghalangi
Pertandingan terbuka disaksi

Exco sayap mudah diperolehi
Ramai berkelayakan tawar diri
Jawatan Naib Ketua juga diisi
Ketua sayap penentu arah lalui

Tanggal 12 Oktober termetri
Sentuhan air tangan akar umbi
Serentak semua bahagian aksi
Faedah kemudahan komunikasi

Adakah 19 Oktober  diulangi
Semua penyandang kekal lagi
Bagai Wanita dan Pemuda jajai
Tertakluk kepada situasi terkini

Rujuk rasa hamba sebelum ini
Dalam puisi ‘SIAPA NP?’ jajai
Satu penyandang dikekal lagi
Dua kerusi pencabar baru isi

Pengundian sabtu depan nanti
Saingan enam penjuru semesti
Yang menang atau tewas akui
Demikian kehendak akar umbi

Antara ramalan dan hal realiti
Sentuhan 19 Oktober kita nanti
Undilah siapa paling dipercayai
Yang bertanding tawarkan diri

Para perwakilan bakal ngundi
NP dan MKT berstatus tinggi
Kehendak sayap wajar hormati
Wajib UMNO mantapkan lagi

Usah perwakilah silap fahami
Kekalkan status-quo tak mesti
Gantikan semua takcomel jadi
Satu lama dan dua baru tepati

Serling
13.10.13
Ahad
…..

Saturday, October 12, 2013

PILIHAN TERBUKA ?


PILIHAN TERBUKA ?
SAPA KETUAI  SAYAP ?

Sayap Pemuda-Wanita-Puteri
Tanggal 12 Oktober ditunggui
Peneraju semua sayap ketahui
Perlukah peneraju kini diganti

Banyak faktor yang pengaruhi
Adakah Penyandang disenangi
Kata dan perbuatannya dipuji
Tiada perwakilan terguris hati

Jika penyandang syok sendiri
Tapi perwakilan beza persepsi
Rasa syok sendiri makan diri
Perwakilanlah penentu undi

Andai penyandang insafi diri
Sebarang kelemahan perbaiki
Berdolak-dalih jangan pameri
Undian perwakilan bagai taji

Pencabar penyandang berani
Pemuda dan Wanita bersekali
KJ dan Shahrizat kini terajui
Bolehkah mereka kekal ketuai

Lima  penjuru  KJ harungi
Tiga penjuru Shahrizat lalui
Perwakilan kena berhati-hati
Pangkahlah siapa yang tepati

Tiada masalah sayap puteri
Tiada Penyandang duduki
Usia penentu siapa terajui
Muka -muka baru tawar diri

Bijaksana perwakilan ingini
Jangan ikut tekanan emosi
Utamakan kepentingan part
Agama-Bangsa-Negara pastii

Serling
10.10.13
Khamis
...